04 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 19)

RAMAI yang ingin menetap wajah Datuk Mazlan Idris (gambar bawah). Puas mencarinya. Dalam internet tak jumpa. Nasib baik dalam keratan akhbar lama ada satu saja gambarnya. Itu pun hitam putih. Teringat album Hitam Putih Kehidupan yang dirip dan sudah diupkan dalam laman sezali.






Oklah aku sambung lagi cerita pasal tongkat dan songkok yangdikatakan mempunyai sakti. Pasti ada bertanya mengapa kedua-dua benda itu dikatakan begitu berharga. Tertuduh kedua kes pembunuhan Datuk Mazlan, Mohd Affandi  Abdul Rahman memperolehi tongkat dan songkok yang dikatakan peninggalan Presiden Sukarno, Indonesia kerana rapat dengan ahli pondok dan kiai di Jawa Barat, Indonesia.

Menurutnya, dia juga pemegang amanah Dana Aliran Wang Bantuan di tiga pesantren (pondok) di kawasan itu.

"Saya selalu membantu pesantren. Dari situlah saya mencari wang membantu pesantren seperti membina atau membesarkanmusolah (masjid) serta untuk kegunaan pasentren.

"Saya juga murid kiai di tiga-tiga pesantren," katanya.

Affandi berkata, dia memberitahu demikian ketika Datuk Mazlan ke rumahnya di Tanjung Lumpur, Kuantan pada 1993 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keistimewaan songkok dan tongkat itu.

Menurutnya, dia juga memberitahu Mazlan, harga songkok dan tongkat serta azimat itu ialah RM2.5 juta.

Katanya, barang-barang itu pernah ditawarkan kepada seorang kerabat diraja Negeri Sembilan,
Tengku Hishamuddin Tengku Laksaman Nasir tetapi tiada jawapan mengenainya.

"Saya juga memberitahu Datuk Mazlan, dia perlu membayar cengkeram RM500,000 jika mahu
barang-barang itu," katanya.

Affandi berkata, Mazlan hendak sangat barang-barang itu kerana telah lama mendengar mengenai keberkesanannya.

Katanya, Mazlan mempercayai akan keistimewaan azimat, tongkat dan songkok itu selepas mencubanya sendiri. itu cerita songkok dan tongkat berharga RM2.5 juta. Orangbanyak duit aje yang mampu membeli benda itu.Kalau tongkat dan songkok - kena beli kedua-duanya - beli satu,ilmu tak jadi - mahal, pasangan bomoh Affandi dan isterinya,Maznah Ismail atau Mona Fandey ada jual azimat.Yang ini taklah sampai juta-juta ringgit tapi, hampir RM10,000 juga. Dalam keterangannya, Affandi memberitahu mahkamah
harganya RM7,000 saja. Itulah harga yang diletakkan oleh mereka kepada sesiapa yang ingin mendapatkan satu azimat.

Harga itu juga dikenakan oleh mereka untuk memasukkan susuk emas kepada sesiapa yang menghendakinya.

Affandi berkata, lebih 700 orang kebanyakannya orang politik `membeli' azimat itu daripadanya ketika mereka tinggal di Teluk Gong, Klang pada 1991.Menurutnya, azimat itu antara lain boleh menjadikan orang
yang memilikinya kebal dan tidak lut dengan senjata tajam.

Selain itu, tertuduh kedua mengenakan bayaran mengikut umur kepada mereka yang ingin belajar silat.

"Jika seseorang itu berusia 17 tahun bayarannya ialah RM17, begitulah jika berusia 30 tahun, bayarannya adalah RM30.

"Saya mempunyai lebih 5,000 ahli silat sejak tinggal di Kampung Perajurit hingga Kampung Nelayan, Teluk Gong," katanya.

Affandi juga berkata, ketika di Teluk Gong dia membuka tiga gelanggang silat iaitu di Kampung Perajurit, Kampung Hamid Tuah dan Kampung Nelayan.

Menurutnya, tertuduh pertama,Juraimi Husin akan mengajarsilat ketika ketiadaannya.

Affandi mengakui dia dan isteri seorang bomoh ketika tinggal di Teluk Gong.

Katanya, ketika tinggal di Kampung Nelayan, dia mengajar Juraimi membuat minyak burung
serta mengenali bahan membuat ubat.

Affandi berkata, dia juga ada membeli rumah di Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk menamatkan ilmu `kullhu' yang dituntut oleh Juraimi.

Affandi memberitahu mahkamah dengan mengamalkan ilmu `kullhu', Juraimi menjadi kebal hingga boleh makan kaca,kalis asid, kalis senjata dan boleh menidurkan benda bernyawa. Datuk Mazlan dikatakan memiliki tongkat sakti dan songkok hikmat, tetapi mengapa boleh cedera dan mati dengan kapak?

No comments: