03 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Part 18)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


CERITA perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah
Tinggi Temerloh pada 1995 aku teruskan lagi. Kali ini aku nak
bawakan keterangan mengenai tongkat sakti dan songkok
hikmat.
Ada bertanya apa pentingnya kedua-dua benda itu dalam kes ini.
Tentulah penting. Jika tidak, takkan dibawa ke mahkamah.
Aku malas nak cerita panjang lebar pasal benda itu. Kalau dah
cerita tak syok nak baca nanti.





Tongkat sakti dan songkok hikmat yang diambil dari rumah tidakbernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, tempat jasadDatuk Idros @ Mohd Mazlan Idris ditemui pada Julai 1994, tidak boleh dipisahkan. Tongkat dan songkok yang ditemui di rumah pasangan bomoh,Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey,yang dikatakan bernilai lebih RM2.5 juta itu mesti dipakai bersama. Perkara itu diberitahu oleh peguambela, Mona dan Affandi, Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan, ketika memeriksa balas saksi
pendakwa ke-56, Penolong Penguasa Mahpop Jaafar. Ghulam Mustaffa juga berkata, tongkat yang kononnya milik Presiden Sukarno itu dibawa dari Indonesia. Tongkat hitam yang panjangnya kira-kira satu meter dengan hulu dan pangkalnya disalut perak serta songkok hitam lipat itu kemudian dikemukakan di mahkamah dan diterima sebagai barang kes. Mahpop dalam keterangannya berkata, tongkat dan songkok itu
diambil oleh Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Ahmaddi rumah berkenaan pada 22 Julai 1993. Menurutnya, dia juga pernah melihat kedua-dua barang itu ketika menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaanpada 19 Julai 1993.

"Saya mendengar cerita tongkat dan songkok itu telah dijual kepada Allahyarham Datuk Mazlan dan saya tidak tahunilainya," katanya. Ghulam Mustaffa ketika memeriksa balas Mahpop mengenai tongkat dan songkok itu antara lain bertanyakan soalan berikut:

Ghulam: Pada 19 Julai 1993, ketika memeriksa rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, adakah Encik Mahpop menjumpai satu tongkat.(Ghulam kemudian meminta izin Hakim Mokhtar Sidin untuk bertanya sesuatu kepada Affandi). Tongkat itu panjangnya kira-kira satu meter, kedua-dua hujungnya disalut perak.

Mahpop: Saya ada nampak.

Ghulam: Tahukah Encik Mahpop, bahawa tongkat itu...(Ghulam terhenti seketika untuk memikirkanperkataan sesuaiuntuk menunjukkan kepentingan tongkat itu. Pada ketika ini,hakim mencelah).

Hakim: Tongkat hikmat...

Ghulam: Satu tongkat sakti yang tidak dapat dimiliki dengan wang ringgit. Bilakah Takbir ambil tongkat itu?

Mahpop: Pada 22 Julai 1993.

Ghulam: Tongkat sakti... (belum sempat Ghulam meneruskan
ayat itu hakim sekali lagi mencelah).

Hakim: Saya catatkan tongkat saja, saktinya sudah hilang.

Ghulam: Ada satu lagi barang berharga. Adakah Encik Mahpop
nampak satu songkok?

Mahpop: Ada.

Ghulam: Apa warnanya.

Mahpop: Hitam.

Ghulam: Songkok itu berlipat?

Mahpop: Jenis lipat.

Ghulam: Tahukah

Encik Mahpop, itu adalah songkok hikmat dan songkok sakti seperti yang dikatakan oleh hakim?

Hakim: Saya tak kata.

Mahpop: Bagi saya, ia adalah songkok biasa. Sehingga hari ini,
saya tidak tahu hikmatnya. Begitu juga dengan tongkat itu.

Ghulam: Tadi kata tahu.

Mahpop: Saya hanya dengar cerita.

Ghulam: Tahukah Encik Mahpop, tongkat dan songkok itu tidak
boleh dipisahkan. Mesti pakai bersama-sama.

Mahpop: Ya.

Ghulam: Adakah Encik Mahpop pegang dan belek tongkat itu?

Mahpop: Ada, tapi biasa saja.

Tongkat sakti itu juga dikatakan mengandungi dua besi hikmat.

Besi kuning dan aji dalam tongkat hitam sepanjang kira-kira satu meter dengan hulu dan pangkalnya disalut perak itu juga dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ghulam Mustaffa memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kedua-dua besi hikmat itu yang disimpan di hulu tongkat itu sudah hilang.

"Tongkat ini sudah dibuka," katanya sambil membuka dan menunjukkan hulu tongkat itu.

Peguambela itu memberitahu demikian ketika menyoal balas saksi pendakwa ke-57, Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd.

Takbir juga menafikan kenyataan Ghulam bahawa dia telah berbuat sesuatu kepada tongkat itu, termasuk membuka hulu dan melihat isi kandungannya.

Bagaimanapun, pegawai polis itu mengaku ada membelek-belek songkok hikmat hitam yang ditemui di tempat yang sama, tetapi tidak nampak ayat-ayat ikal seperti yang dinyatakan olehGhulam Mustaffa.

Ditanya oleh Ghulam Mustaffa sama ada dia mengetahui keistimewaan tongkat dan songkok itu katanya: "Saya tidak nampak apa-apa keistimewaan pada tongkat dan songkok itu."

Takbir juga berkata, dia diberitahu oleh Penolong Penguasa Mahpop Jaafar, bahawa tongkat itu milik Mazlan. Pegawai polis itu mengambil tongkat dan songkok berkenaan pada 22 Julai 1993 selepas diberitahu mengenainya oleh tertuduh kedua.

Kedua-dua barang itu kemudian disimpan di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur sehingga diserahkan kepada Mahpop pada 11 Ogos 1993. Cerita ini tak habis lagi. dalam siri seterusnya akan dipaparkan gambar Datuk Mazlan.

No comments: