10 October 2010

Kes bunuh Mona Fendi (Akhir)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

 
TANGGAL 10 Februari 1995, itulah kali terakhir aku bertemu muka
dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd
Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Husin.
Pada hari itu, aku bertemu Monad dan Affandi di Balai Polis
Temerloh, Pahang. Di sini mereka ditahan sehari selepas
didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana dengan
niat bersama membunuh bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan
Idris. Juraimi pula ditahan di Balai Polis Raub.
Dari sini Mona dibawa ke Penjara Kajang, sementara Affandi dan
Juraimi ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu rayuan
masing-masing.



MONA berjalan ke trak untuk ke Penjara Kajang

Memang rezeki aku dapat bertemu Mona. Apa tidaknya, aku
mendapat tips bahawa Mona dan Affandi akan dibawa ke penjara
pada awal pagi itu. Aku bergegas ke balai polis dari hotel,
tempat menginap dengan hanya memakai kemej-T.
Pakai apa saja yang ringkas, takut tidak dapat bertemu mereka.
Nasib baik, Mona baru dibawa keluar dari lokap. Tapi pada waktu
itu, aku tidak sempat bercakap dengannya kerana diiringi polis.
Namun, sebagai wartawan, aku tidak mengalah dan buat apa
saja asalkan Mona buka mulut.
Apabila peluang tiba, soalan pertama yang keluar dari mulut aku
adalah :"Wah glamourlah Kak Mona." Itu kata orang soalan
pemanis mulut - pembuka bicara - untuk memancing dia bercakap.
Nak tahu apa Mona jawab : "Saya tak mahu glamour. Dari dulu
pun saya tak glamour."




GAYA ketika menghadiri perbicaraan.

Mona sering berpakaian cantik dan seksi serta berdandan
sepanjang perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris.

Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian cantik.
Jawapanny agak laser, katanya dalam sinis : "Yalah, takkan
hendak telanjang pulak." (Ambil kau, kena sebiji).

Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan
sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu.

"Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang
tengok," katanya dari trak polis yang membawanya ke Penjara
Kajang.

Pada hari itu, Mona seperti pada hari dijatuhkan hukuman,
kelihatan riang dan ketawa dengan anggota polis yang berada di situ.

Bomoh itu sempat juga bergurau dan mengucapkan selamat
tinggal kepada anggota polis di balai itu.

Mona dan suaminya, Affandi serta Juraimi, didapati bersalah
mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum gantung
sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mereka didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan di rumah

tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada
Julai 1993.



MONA sentiasa kelihatan bergaya

Mona sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua orang
sambil berkata: "Saya sayang orang Malaysia. Terima kasih."

Ditanya perasaannya yang menjadi pesalah dan bukan lagi

tertuduh katanya: "Saya sama saja dari dulu. Orang tengok pun
macam itu."

Sebelum trak polis meninggalkan perkarangan Balai Polis di sini
untuk ke Balai Polis Raub mengambil Juraimi, Mona sempat
berpesan: "Jangan tulis bukan-bukan. Saya tidak suka apa
saya katakan ditokok tambah. Jangan tulis sebarangan, jangan
buat cerita." (Kena sebiji lagi)

Apa yang dibawa Mona ke penjara? Aku nampak lima bungkusan plastik mengandungi pakaian dan alat solek Mona dan suaminya Affandi.

Itu cerita Mona, lain pula cerita Affandi. Aku ingat peluang untuk bercakap dengannya buat kali terakhir tidak kesampaian. Apa tidaknya, ketika sibuk 'memburu' Mona, Affandi sudah masuk ke dalam trak untuk ke Penjara Sungai Buloh.

Tapi, kata orang kalau ada rezeki, tak ke mana. Ketika trak itu hendak beredar dari balai polis, Affandi berteriak dan memanggil aku.

Dia tahu aku wartawan, mana tidaknya, aku duduk di depan dia setiap hari perbicaraan. Tapi, dia tak tahu nama aku.





JENAZAH Mona dan Affandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Ahli-Ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurna dan dikebumikan pada hari sama.

Jenazah Modan dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang.

Jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Al-Fatihah- Amin....

2 comments:

syuhadaadros said...

pergh. sakit tengkuk gua baca. habes jugak akhirnya. zaman ni gua budak-budak lagi. darjah satu barangkali.

Abang Zam said...

satu malam habiskan cerita ni
pergh

cerita paling rare