16 October 2010

Antibiotik dan anda

Mulanya aku nak update blog dengan cara yang keji tapi tiba2 terfikir pasal antibiotik, jadi daripada dapat dosa kering lebih baik aku tulis sesuatu yang bermanfaat, kan kan kan? lol



Antibiotik merupakan ubat yang digunakan untuk merawat simptom & tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Di kalangan profesional dalam bidang klinikal, antibiotik juga merupakan istilah yang digunakan khusus untuk merujuk kepada ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan bakteria (contoh ubat: amoxicillin, ceftriaxone, gentamicin, vancomycin), manakala antifungal merujuk kepada ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat/fungus (contoh ubat: ketoconazole, fluconazole, itraconazole, anidulafungin, caspofungin). Antiviral pulak ubat-ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan virus seperti HIV, H1N1 (contoh ubat: oseltamivir, zanamivir. lamivudine, nevirapine). Dalam post kali ni, aku nak cerita pasal antibiotik.

Pertama sekali, macam mana nak tahu sesuatu ubat tu merupakan antibiotik ataupun tak? Kebiasaannya doktor akan beritahu yang mereka akan beri korang antibiotik sebaik je korang diperiksa oleh doktor, ataupun ahli farmasi akan beritahu jenis ubat apa yang korang terima masa ubat diberi kepada korang. Katakan semasa ubat diberi kepada korang, ahli farmasi tak bagi tau pun apa kegunaan ubat tu (ni memang tak patut berlaku, seriously perkara ni memang memalukan kalau berlaku) tapi kalau dorang tak bagitau, pastikan korang tanya dia, apa kegunaan ubat tu. Dan pastikan pada bekas/sampul/kotak ubat tu ditulis dengan perkataan "antibiotik". Tapi katakan la korang baru balik daripada kerja/universiti/sekolah, sampai2 kat rumah tengok ada ubat kepunyaan ayah/mak/atau sape2 je, dan korang tak tau ape jenis ubat tu. Macam mana nak tau ubat tu antibiotik ke tak? Berikut merupakan cara mudah nak kenalpasti jenis2 antibiotik.

Bagi antibiotik jenis Penicillin, nama kandungan aktif (active ingredient) bagi ubat tu akan berakhir dengan imbuhan -cillin. Contoh: Amoxycillin, Cloxacillin, Ampicillin

Bagi antibiotik jenis Macrolides, nama ubat tu selalunya berakhir dengan imbuhan -thromycin. Contoh: Azithromycin, Clarithromycin

Bagi antibiotik jenis Cephalosporin, nama ubat selalunya bermula dengan imbuhan -cef. Contoh: Cefuroxime, Ceftazidime, Cefotaxime

Bagi antibiotik jenis sulfonamide, haha kalau kat Malaysia, paling common jenis ni la, Co Trimoxazole a.k.a Sulfamethoxazole + Trimethoprim.

Baiklah, bukan tugas korang nak ingat nama2 ubat ni, terutama kalau korang semua bukan ahli farmasi. Langkah terbaik untuk tau jenis ubat ni, ialah dengan cara menghubungi ahli farmasi di hospital/kedai farmasi terdekat kalau nak dapatkan kepastian yang lebih lanjut, okeh.

Sekarang dah tau la sikit camne nak kenal ubat ni, melalui nama dia. Lebih baik sekarang kita straight away kepada fakta2 pasal antibiotik ni.

1. Bekalan ubat antibiotik perlu dihabiskan. Kalau korang dapat 42 butir, maka habiskanlah 42 butir ubat tu. Kecuali kalau antibiotik tu diberikan dalam bentuk cecair dan ahli farmasi bagitau korang, makan selama seminggu je, lepas tu tak perlu habiskan. Antibiotik perlu dimakan selama waktu tertentu untuk mengelakkan kuman daripada kebal terhadap antibiotik ni

2. Sesentengah antibiotik boleh mengakibatkan alahan dan kesan sampingan yang serius, terutamanya jenis penicillin dan cephalosporin. Kalau korang tiba2 dapat ruam kat badan lepas makan antibiotik, atau suhu badan bertambah melebihi 38 darjah selsius sebaik je lepas makan antibiotik, sila segera berjumpa doktor dengan segera

3. Minum banyak air kalau korang makan antibiotik, selepas 2 jam korang makan antibiotik tu. Sesetengah antibiotik dikeluarkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing, jadi banyakkan minum air untuk bersihkan buah pinggang korang.

4. Beritahu ahli farmasi/doktor kalau korang ada masalah buah pinggang, atau mengandung ataupun menyusukan anak dan dalam masa yang sama antibiotik diberikan kepada korang. Sesetengah antibiotik tak sesuai untuk golongan ibu mengandung/menyusukan anak, dan pengubahsuaian dos diperlukan kalau pesakit ada masalah buah pinggang.

5. Pastikan korang bagitau ahli farmasi/doktor dan dapatkan nasihat mereka kalau korang nak makan makjun, ubat-ubat herba ataupun tonik jika dalam masa yang sama korang kena makan antibiotik - untuk mengelakkan interaksi antara ubat-ubatan.

6. Sesetengah antibiotik perlu dimakan dengan perut kosong, ada yang boleh dimakan masa perut penuh dengan makanan. Pastikan ahli farmasi bagitau korang antibiotik tu kena makan masa bila, masa perut kosong ke atau boleh je ambik lepas makan nasik.

7. Ada sesetengah antibiotic tak boleh dimakan berserta produk tenusu/susu, e.g tetracycline. Pastikan korang diberitahu sama ada boleh ke tak korang minum susu sekali dengan antibiotik tu.

Ok la, tu je takat ni. Ada apa2 yang tak faham, boleh tanya kat ruang komen. TQ

No comments: