05 September 2010

siaran tv masa hari raya


Masa hari raya (tak kira lah hari raya Islam ke, hari raya Hindu ke, hari raya Buddha ataupun Kristian) yang pasti stesen2 tv akan tetap bersiaran. Macam2 lah rancangan yang best dan jugak tak best kat dalam tv.

Selalunya yang akan tercongok di depan tv gerenti anak2 muda, kalau orang tua pun join gak selalunya mesti orang tua tu jenis anti sosial terhadap golongan dewasa dan cuma berminat bersosial bersama kanak-kanak je. Dalam sebuah rumah bila yang muda tercongok depan tv, maka tinggal lah orang tua mereka yang melayan tetamu, nak bergerak daripada tv pun kalau disuruh angkat pinggan atau ambik air kat dapur.

Mak ayah la yang akan berborak dengan tetamu, sama ada yang datang tu saudara mara, kawan2 mak ayah ataupun jiran2. Anak2 sibuk tengok tv. Ataupun mungkin lebih sadis main internet atau main DOTA. Berjumpa dengan tetamu2 yang datang tu pun mungin sekali setahun berjumpa, atau jarang2 betul nak berjumpa. Last2 bila mak ayah tu mati, maka hilanglah bersama dorang pengetahuan tentang salasilah keluarga dan hubungan rakan-musuh mak ayah dengan orang lain.

Nak kata banyak rancangan best time raya, tak la best mana pun. Typical programme, nyanyi2 lagu raya retro dengan rentak baru dan suara sumbang penyanyi baru (dan sememangnya nyanyian yang menghancurkan seni lagu tu), dengar ucapan raya orang lain, filem2 Melayu yang dah kena kick kat panggung pas abis tempoh masa syarat wajib tayang..tiap2 tahun macam tu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku ni berbangsa Cina atau India atau Iban atau Kadazan atau Murut atau Bajau, time raya je mesti penuh rancangan2 sampah ni kat tv, channel apa la nak tengok dalam tempoh 2-3 hari tu. Mesti gelap je skrin tv time raya, ataupun kalau aku kaya sikit dan mampu subscribe channel History atau Discovery, dua channel tu jela yang aku layan.

Jadi kepada yang bakal beraya tak lama lagi, tutup jela tv tu nanti time raya nanti. Berborak la dengan tetamu yang datang, sebab tak berbaloi pun buang masa tengok tv.





   

No comments: