02 September 2010

Salleh Abas - tokoh undang-undang Malaysia



Kepada sesiapa yang tak mengenali person behind this name, beliau merupakan mantan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (jawatan terakhir beliau sebelum dilucutkan jawatan).

Dilahirkan di Besut, Terengganu pada 1929, lulusan undang-undang University of Wales dan University of London (ijazah sarjana) dan menjawat beberapa jawatan dalam bidang kehakiman iaitu Majistret (Mahkamah Kota Bharu), Timbalan Pendakwa Raya di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Semasa umur 50 tahun, beliau berhasrat untuk bersara tetapi dipujuk oleh Tun Suffian Hashim (Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan pada ketika itu) supaya meneruskan perkhidmatan.

Ada beberapa sebab untuk aku berasa kagum dengan beliau. Sebab yang paling utama, beliau berpegang teguh dengan tugas dan tanggungjawab beliau semasa menjawat jawatan dalam bidang perundangan, semasa beliau bertugas sebagai timbalan pendakwa raya, beliau dengan tegas meminta supaya seorang tertuduh (kerabat diraja, tak boleh sebut nama kat sini kang nanti gerenti ada mangkuk ayun yang akan buat repot polis & bukak fan page facebook yang kutuk aku) dikenakan hukuman berat atas kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Pada waktu tersebut, golongan kerabat diraja masih diberikan imuniti oleh perlembagaan sebelum imuniti terhadap golongan tersebut ditarik balik di zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad. Malah semasa krisis parti UMNO, di mana Hakim Harun Hashim memutuskan parti UMNO sebagai tidak sah, beliau menolak desakan politik agar penghakiman tersebut ditarik balik - it cost him his title, tak lama pastu beliau dilucutkan jawatan atas tuduhan salah laku. Walaubagaimanapun, beliau dan beberapa orang hakim yang dilucutkan jawatan semasa krisis kehakiman tersebut akhirnya diberi bayaran ex-gratia oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2008.

Sebenarnya banyak lagi yang nak diceritakan, terutamanya tentang peranan beliau mempertahankan kedaulatan sistem kehakiman (judiciary) daripada pengaruh politik, tapi rasanya banyak maklumat berkualiti yang boleh dicari melalui buku & internet berkenaan hal ni. Aku tak sure sejauh mana pihak2 tertentu menganggap perkara macam ni sebagai isu sensitif.





   

No comments: