06 September 2010

Retorik yang tak sudah



Dulu masa aku darjah enam dan awal tingkatan satu, pernah dilancarkan Pertandingan Formula Malaysia - pertandingan menulis cerpen yang bertema perpaduan kaum.

Kemudian semasa pilihanraya ke 11 (tahun 2004), muncul pulak konsep Islam Hadhari. Maka segala-gala program di"Hadhari"kan. Ada universiti sampai tubuhkan institut kajian semata-mata berdasarkan konsep ni.

Kemudian yang terbaru, 1Malaysia..yang didakwa oleh Tun Mahathir sebagai konsep yang kurang jelas (Islam Hadhari pun serupa, mana ada actual definition pun). Tapi secara jujurnya, adalah juga perubahan dalam pentadbiran dan fasiliti kerajaan berdasarkan slogan ni - Klinik 1Malaysia, lepas tu proses passport antarabangsa dipercepatkan, siap dalam sejam.

Formula Malaysia, retorik skala kecil. Boleh dikatakan pilot projek. Islam Hadhari, yang takde definisi, tak nampak apa perubahan signifikan pun dalam government, berjaya sebagai retorik tapi gagal sebagai kempen. 1Malaysia, masih berjalan, masih ada masa tapi dibayangi dengan retorik yang lampau.

Aku dah bosan dengan slogan. Tak tau la dengan rakyat Malaysia yang lain.

1 comment:

lufkin said...

lol, tiap kali perdana menteri baru dilantik ade je konsep yang nak dibuat, taknak dibayangi perdana menteri lepas kononnya..

pendapat aku tak perlu ada pun takpe, kalau yang lepas punya dah bagus apa salahnya teruskan je? just tambah2 la apa kekurangan yang ada..