13 September 2010

Pengakhiran tragik 4 keluarga

Pertama sekali, takziah diucapkan buat keluarga Sosilawati Lawiya, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

 Foto: Bernama. Forensic team PDRM

Kehilangan ahli keluarga masa Ramadhan dan kematian tragik masa awal Syawal - yes of course it's really a taunting end for their families.

Sekarang ni polis sedang menjalankan siasatan kepada suspek. Memang sah la pun yang suspek2 tu terlibat dalam kes bunuh ni, sebab polis dapat tahu lokasi pembunuhan & mayat tu lepas soal siasat. Mustahil dorang tak terlibat sedangkan yang menunjukkan tempat tu dorang. Sekarang ni apa yang penting, pihak pendakwaan kena betul-betul teliti dari segi prosedur-prosedur pengurusan kes, untuk mengelakkan keraguan daripada ditimbulkan masa perbicaraan nanti. Pastikan keterangan saksi dan pihak2 yang terlibat tak bercanggah dengan bukti & fakta kes, kalau tak..memang lepas la. Banyak penjenayah terlepas bukan sebab tak cukup bukti atau dorang tak bersalah, tapi sebab kelemahan pendakwaan.

Kes ni masih dalam siasatan, dan dengar ceritanya penjenayah ni ada MO (modus operandi) yang serupa, melibatkan kehilangan 4 lagi ahli perniagaan yang lain. Just wait n see.


Pengajaran yang boleh diambil daripada kes ni:

1. Kenalpasti sebarang perkara yang mencurigakan semasa nak menjalankan urusan, terutamanya jual beli. Dalam kes ni, dengarnya mangsa-mangsa diumpan dengan urusan jual beli tanah, dalam masa yang sama urusan jual beli tu melibatkan duit tunai! Obviously, dah nampak ada yang tak kena, kalau dah urusniaga juta-juta takkan la nak buat guna tunai, perompak je selalunya yang buat urusniaga macam ni sebab dorang nak mengelakkan flow duit tu dikesan melalui pemindahan dana di bank.

2. Pastikan ahli keluarga ataupun sesiapa je yang rapat dengan kita, keep updated dengan lokasi kat mana kita berada - so that apa-apa hal senang. Zaman sekarang dah macam2 teknologi, GPS sebagai contoh yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan ni.

3. Jenayah ni - tak berbaloi. Tengok apa jadi kat suspek2 kes ni, dah banyak kali buat pun kantoi gak akhirnya. Polis bila buat siasatan, asalkan dorang nampak petunjuk, klu atau perkaitan individu dalam sesuatu kes, memang jarang2 la suspek tu lepas. Aku pernah berbual dengan kawan ayah aku, polis, masa soal siasat polis, memang selagi tak mengaku sakit la badan. Soal siasat polis bukannya macam cikgu displin kat sekolah, tanya elok2 kat budak. Sebab tu ada sesetengah yang degil, yang tak mengaku sampai mati pun ada. Orang luar senang la cakap, zalim, takde perikemanusiaan tapi kalau tak dibuat macam tu, macam mana nak dapatkan maklumat, dia cakap. Tapi of course la jarang sangat yang kena sampai mati ni, sebab kalau mati tahanan langsung tak dapat maklumat, dapat susah lagi ade la. But the conclusion is, once u're under police custody, memang azab - tu yang sampai bocor keluar semua maklumat tu.

Shit happened, and it's always happen.

No comments: