06 September 2010

Online video game tembak bilal dan masjid oleh orang Austria

Sebuah parti politik di Austria melancarkan permainan video online yang bernama "Moschee Baba" atau "Selamat Tinggal Masjid". Pemain diberikan masa 60 saat untuk menembak menara masjid, muazzin (tok bilal) sebelum game berakhir.



Dilancarkan oleh Parti Kebebasan (FPOe) untuk menggalakkan pengundi memilih calon mereka dalam pilihan raya di Styria, game tersebut juga memaparkan mesej "Game Over. Styria is now full of minarets and mosques!" apabila permainan tamat dan seterusnya mesej menggalakkan pengundi mengundi calon parti tersebut dipaparkan kemudiannya.

Tindakan FPOe mendapat bantahan komuniti Muslim di Austria, Green Party dan juga Austria's Social Democrate Party. Anas Schakfeh, pemimpin komuniti Islam di Austria menyifatkan permainan tersebut sebagai "teruk dan tak dapat difahami". Manakala calon Green Party di Styria, Werner Kogler menyifatkan FPOe menyasarkan menara masjid yang tak wujud pun di Austria. Walaubagaimanapun, setiausaha FPOe mempertahankan tindakan melancarkan permainan tersebut atas alasan, untuk mendidik pengundi supaya melakukan keputusan politik yang betul (butang Stop turut disediakan untuk menghentikan permainan semasa permainan sedang berlangsung).

sumber: Al-Jazeera (English)

Baiklah, orang non Muslim, yang dibesarkan melalui didikan agama mereka dan tak pernah belajar tentang Islam, ataupun mengenali Islam melalui channel berita CNN atau ABC, maka tak peliklah kalau dorang tak faham dengan Islam, menghina Islam ataupun menganggap Islam sebagai pengganas. Apa yang perlu dilakukan ialah mendidik mereka dan memberitahu dorang, Islam tu, apa falsafahnya, mengenai apa, apa perkara yang dianjurkan oleh Islam. Bawak mereka ke masjid, kalau mereka sudi, ajak mereka merasa macam mana kehidupan sebagai orang Muslim.

Cuma aku pelik, kat tempat dan negara aku yang ramai Muslim, orang Muslim sendiri yang menghina Islam. Makan minum kat KFC siang hari masa bulan Ramadhan. Orang dah azan, tapi sibuk merayau sana sini membeli-belah. Mengaku Islam pastu minum arak, lagi gila bila ada yang tangkap gambar pastu letak dalam blog, dalam facebook.

No comments: