09 September 2010

Mohon kemaafan zahir dan batin - Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua followers dan pembaca Sayap Exodus yang beragama Islam. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri2 kat blog ni, dan minta maaf banyak2 atas keterlanjuran bahasa atau sebarang entri yang menyinggung siapa2 dalam blog ni.

Hari raya ke-5 nanti aku akan berada di Sarawak - dalam tempoh setahun akan datang, aku akan bekerja di sana. Untuk tempoh awal permulaan kerja rasanya mungkin sibuk dan susah nak update blog, walaubagaimanapun, aku dah ready awal2 dah - ada 32 posts yang dah scheduled untuk post out secara berkala untuk tempoh sebulan akan datang - siri pendedahan perjalanan perbicaraan kes bunuh Allahyarham Dato Mazlan Ibrahim oleh Mona Fendi, suami dan pembantunya. Posting tersebut merupakan pendedahan seorang wartawan yang follow secara langsung kes tersebut kat mahkamah. Bukan nak mengungkit atau menakutkan sesiapa, cuma diharapkan melalui siri pendedahan tu semua orang dapat belajar sesuatu daripada kes tu - daripada betapa murahnya harga manusia dan kepercayaan karut yang memakan diri. Entri2 lain yang berkaitan dengan pengalaman kerja atau kritikan isu-isu semasa, maybe lepas habis siri tersebut post out. Btw please, do enjoy reading my blog, :)

No comments: