06 September 2010

Isu iklan TV3 - Jangan jadi Ba Wau Dal Wau Ha



Kat atas ni iklan sambutan Aidilfitri hasil kreatif TV3.

Baiklah. Aku bagi tau dulu apa pendapat aku. Iklan nih iklan Aidilfitri, jadi sepatutnya mencerminkan sambutan Aidilfitri lah. Macam mana orang Islam menyambut Aidilfitri? Ni pun satu hal jugak, ramai yang tak faham. Aku bagi la sambutan Aidilfitri daripada dua spektrum yang berbeza.

Sambutan Aidilfitri mengikut sunnah Rasulullah

1. Bertakbir

Kebiasaanya orang masjid atau kat dalam tv je bertakbir. Sebenarnya, umat Islam digalakkan untuk bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid.  Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – Rujuk Kitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

2. Bersolat sunat Aidilfitri

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

3. Berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

4. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

5. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

6. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

7. Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

 
8. Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


9. Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Baiklah, sekarang kita tengok pulak sambutan Aidilfitri mengikut sunnah orang Melayu

Sambutan Aidilfitri mengikut sunnah Bani Melayu


1. Tukar kusyen, perabot, pinggan mangkuk baru 

2. Beli atau buat sendiri banyak2 kuih raya, lemang, ketupat dan segala jenis makanan yang high glycemic index.

3. Bagi golongan kanak2, mereka dah dibasuh otak mereka - hari raya kutip duit raya

4. Berjalan ke sana ke mari melawat saudara mara, kawan2 sampai sesetengah tu tertinggal terus solat.

5. Tengok filem dan drama kat tv

6. Melakukan perkara sunnah Rasulullah yang pertama, kedua, keenam, kelapan dan kesembilan, dan kadang-kadang yang kelima

Yang sunnah bani Melayu ni aku malas la nak ulas panjang macam sunnah Rasulullah.

Jadi kita sambung balik cerita pasal iklan TV3 tu. Oh ye, pasal pendapat aku. Ini pendapat aku.

Iklan tu tak menggambarkan unsur sambutan Aidilfitri yang sebenar

Daripada apa yang dah tertulis kat sunnah Rasulullah dan sunnah Melayu tu, boleh dikatakan tak ada pun dalam iklan tu. Adegan naik beca terbang, walaupun gunakan beca, tapi dari segi kebiasaaan adat manusia atas muka bumi ni, kenderaan terbang macam tu dikaitkan dengan sambutan Krismas - perayaan agama Kristian. Simbol kelopak bunga teratai - memang la bunga, tapi simbol tu kebiasaannya dikaitkan dengan simbol agama Buddha. Mungkin pada sesetengah orang, what the hell, not a big deal what, beca terbang, bunga teratai, takde bukti kukuh nak kaitkan dengan agama lain. Yes, betul takde bukti kukuh perkaitan lambang tu dengan agama - tapi perkaitan tu tetap ada, walaupun tak kukuh. Ditambah pula dengan low threshold activation di kalangan masyarakat Melayu (senang melatah), jadi perkara ni walaupun perkara kecil pada sebahagian yang liberal, dilihat sebagai isu besar di kalangan majoriti.

Sekarang banyak blog orang Melayu dan group facebook yang start kutuk-kutuk iklan ni. Walaupun keadaan sekarang ni sementara je sebab sifat reactioner orang Melayu, aku rasa perlu untuk bagi tahu perkara ni - jangan jadi bodoh!

Kepada pihak media, JANGAN JADI BODOH!

- study first what is all about before you're going to produce any advertisements - tak kira la iklan raya ke, iklan company ke - so that ur ads would not become a garbage look alike

- pilih unsur yang neutral atau less related with something sensitive dalam apa2 iklan pun - supaya keadaan tak jadi havoc atau digunakan oleh orang yang berkepentingan untuk mengucar kacirkan keadaan

Kepada orang Melayu, JANGAN JADI BODOH!

- isu ni berkenaan tak puas hati pasal iklan ni je, sebab takde unsur Aidilfitri dan jugak terlihat seakan-akan unsur agama lain. Tak salah kalau tak setuju, dan mintak iklan tu ditarik balik (difahamkan dah ditarik balik pun). Jadi yang sudah, sudah la. Iklan tu dah takde, cukup2 la woi! Takkan nak berterusan kecoh, kutuk mengutuk dan sebagainya padahal benda dah setel

- Perkaitan unsur-unsur dan sinematografi dalam iklan tu dengan Freemason, Illuminati, Kristian, lesbian, Pope, Lucifer, Murtad. Ok ni la sebab aku rasa teori konspirasi ni rubbish. Betul la iklan tu spoil, tapi tak perlu la nak melalut sampai ke situ. Just politely say, iklan ni tak menggambarkan sambutan Aidilfitri kerana unsur-unsur yang terdapat dalamnya tak relevan, dan kami tak bersetuju ia ditayangkan, harap ditarik balik, enough.

9 comments:

okochadt said...

hancur lah perangai tv3,CEO dia pun sama je la....sbb x celik agama jd mcm ni..buat je iklan yahudi ni

karl said...

memang dalam hal ni tv3 silap. tapi pasal iklan ni dah ditarik balik, aku rasa benda isu ni takyah nak diperbesarkan dah. harap lepas ni tak berulang, tu jela

zunitaramli said...

i like your point. everyone has their own opinion regarding this issue right? whatever the opinion is - agree or not, we have to respect each other's opinion. Just because there is a person does not agree with the majority, that does not give you license to kutuk and hentam habis2an to that people. This low class mentality and low class attitude actually show how reckless and otakless the Malays are. I mean, most of Malays.

And yeah, I understand Malays are so easy to be provoked, but all the stupid things like u mentioned - illumination,Pope,Lucifier,etc are just a plain stupid, but still, I don't know, out of nowhere it comes to the evidence to support the claim that the adv is memesongkan akidah Islam. What the..? Why Malays are so easy to be influenced by these stupid ideas? Why Malays are easily to believe to something that are non-sense? Why is it so hard for Malays to think the rationally before believe in something and hentam and kutuk2?

So for the continuous criticism by Malays, I thought this thing already solved by TV3. They already took back the adv, and apologized publicly for that, so what with all the hassle now?I guess it is just Malays suke buat kacau, and terkurung dlm kebodohan dlm dunia sendiri. Yes, I am blaming my own clan. They just cannot use their BRAIN to think!

Btw, nice entry! I like your points=)

karl said...

zunita, the problem with our society (specifically Malay), first, they tends to be easily provoked, second, they believe easily whatever people wrote, like, come on, why dont just try at least to google out about illuminati, freemason @ wahtever kinds of conspiracies that have been told to them. in terms abilities of analytical skills, they need to improve a lot.

after this i should write about kempen membaca.

zunitaramli said...

haha! sooooo true! well, you should!ahaha. at least, I will be one of your supporters for the so-called-kempen-membaca. :)

Jo said...

thumbs up to comments from Karl,Zunitaramli. Both of your prove that not all Malays berfikiran narrow...

Ya, it's true what you both have said. The incessant comments from the public & in this case the majority of Malays are plain pointless with the only intent to instigate matters & make someone's life miserable (probably the designing team for the ad) just before Raya. This is cruel! Just because of late there are many racial/political/religious conflicts happening in our country, this does not mean the rest of the public needs to get SO involved of the matter for the sake of joining in the heat & tension... what is this? some sick fun!? Better focus on celebrating the coming Raya with families, friends rather than trashing people!

Some comments like about Pope, Satan & illumination... OMG! are just S-T-U-P-I-D & created out of nothing! In the eyes of other, it only shows that Malays (not all) are SENSITIVE together with their imagination 'yang terpesong' c'mon la! Kalo nak putar belit & cari isi2 tersirat (yang memang tak de pon), even anything innocent can become guilty of the worst offences... Thanks to all these "lawyer buruk; LB" yang suka putar belit! Fikirkan lah impression rakyat rakyat lain about our mentality! Ingat pandai sangat keh? Orang lain kata u stupid, immature & blind jeh!

karl said...

Zunita: hahaha..on the way, but long way to go :P

Jo: luckily it's look like the heat now slowly goes off. but if another issue like this arise again in future, the same situation will repeat by itself.

there's a possibilities about conspiracies done by clandestine societies, but the most important thing is how we look on it, from what kinds of view. most conspiracy theorists love to relate symbols with anything that they feel has something to do with the conspiracy - i hate this way of 'revealing truth'. if they really want to seek truth, concrete evidence will impress me more.

lufkin said...

eh bodohnya manusia, patutnya orang baca post ni dari baca post merepek parodi illuminati aku tu..

kenapalahh orang suke sangat baca benda bodoh dari baca benda ilmiah macam ni?

takpe2, next raya aku tolong sebarkan post ko yg ni ok?

karl said...

lol

macam yg pernah ko tulis la..Malay always like that..hahaha

tapi aku rasa budak Melayu muda, yang dah banyak exposure pada various kinds of knowledges has different kinds of perspective. Pendapat orang tu, yela masing2 nak bagi pendapat, so terima jela. Tapi yg penting respect pendapat masing2.