07 September 2010

Ibarat melepaskan batok di tangga

Sebagai orang Melayu ataupun orang yang pernah belajar bahasa Melayu, aku rasa mesti ramai yang pernah dengar peribahasa ni - ibarat melepaskan batuk di tangga. Maksudnya, melakukan sesuatu pekerjaaan dengan tidak bersungguh, secara ala kadar je. 




apa beza batuk kat tangga dengan batuk kat tempat lain? seriously no idea, is it?

Aku pun pelik gak, apa kaitan batuk kat tangga dengan buat kerja secara tak bersungguh? Batuk merupakan reflex yang tercetus bertujuan untuk membersihkan laluan pernafasan dan tekak, tindakbalas reflex merupakan sesuatu yang tak boleh dikawal, kita tak boleh pilih sama ada nak batuk secara bersungguh-sungguh atau batuk secara sambil lewa (kalau saje buat batuk tu lain cerita la, aku cerita pasal batuk yang berkait dengan reflex atau tindakbalas badan terhadap rangsangan).

Maka setelah umur bertambah, rakan2 yang berpengetahuan pun bertambah, maka baru la aku tau. Sebenarnya, perkataan dalam peribahasa tu pun dah salah - it's actually batok, not batuk. Then, what is batok?

BATOK = Jw 1. tempurung; 2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak. ( rujukan Kamus Dewan edisi keempat )

ha, ni la dia batok..

Jadi, sebenarnya, ibarat melepaskan batok di tangga.

Pada zaman dahulu, kebanyakan suku kaum di Malay Archipelago sama ada a) belum menguasai seni pembuatan kasut dan capal, ataupun b) mereka amat mementingkan kebersihan. Aku bagi dua kemungkinan ni sebab aku tak au zaman dulu macam mana keadaannya. Baiklah, tapi yang pasti, sejak daripada dulu lagi, amalan masyarakat Melayu ialah tak memakai kasut/selipar ke atas rumah. Sebabnya, zaman dulu nak travel daripada satu tempat ke tempat lain, kena berjalan kaki. Jarang sangat yang tunggang binatang untuk berjalan ke sana ke mari, melainkan kalau belajar ilmu harimau cinaku. Oleh yang demikian, kaki ataupun kasut mereka selalunya kotor - terpijak tanah, lecah, zaman dulu mana ada jalan tar beb! Oleh itu, dah jadi satu kebiasaan untuk setiap rumah menyediakan tempayan berisi air di luar rumah supaya tetamu membasuh kaki mereka sebelum naik ke rumah. Nak cedok air tu, ha..kena pakai pencebok la, tapi zaman dulu mana ada cebok plastik ataupun bekas air plastik jenama tupperware, sebagai alternatif (it's not alternative actually, that's the only choice, hahaha) mereka menggunakan batok.

Oleh demikian, ibarat melepaskan batok ke tangga bermaksud, instead from menjiruskan batok yang berisi air ke kaki, sesetengah orang sekadar melepaskan batok tu ke tangga, jadi proses cuci kaki tu tak dilakukan secara bersungguh. Mungkin sekali dua tuan rumah rasa, ok, rilek la, letih kot brader ni, malas nak cuci kaki betul2, tapi lepas kena sampai berkali-kali, dorang pun fed up tapi nak lempang tetamu, karang terpaksa berkeris bersilat pulak, dan kebanyakan orang zaman dulu memiliki ilmu sihir so better just stay away from being screw up with them, maka mereka mencipta la peribahasa sebagai sindiran halus kepada orang yang malas ni..

p/s Kalau ada lagi cikgu Bahasa Melayu yang tak tau pasal benda ni, boleh cerita kat dorang, okeh?

2 comments:

Leeya said...

waaaa..sy pon bru tau naim..btol gak tu..cayalah..

karl said...

first time tu masa first yr kat univ, hehe