03 September 2010

Halal lagi baik

pasal halal haram makanan ni. umat Islam disuruh memilih makanan yg halalan toyyiba - halal lagi baik. jadi amenda makanan halalan toyyiba nih?

syarat pertama, makanan tu bukan daripada yg diharamkan dlm Islam. Makanan yg haram -binatang bertaring, burung yang makan dengan cara menyambar,haiwan berbisa, haiwan yg diketahui umum sbg kotor (cth ulat sampah), najis mughallazah (babi, anjing), arak, daging binatang yang halal dimakan (e.g ayam, lembu, kerbau, arnab) tapi tak disembelih dgn nama Allah atau mati bukan disebabkan sembelih, racun,najis & bahan2 yg memudaratkan dsbnya . Kalau syarat ni pun dah fail, automatik org Islam haram makan makanan tu.

syarat kedua - dapat macam mana makanan tu? hasil curi? beli guna duit rasuah @ duit menang judi? kalau cara perolehan melalui cara haram, maka makanan tu pun turut haram dimakan sebab diperoleh melalui sumber haram - bila makan berdosa, jadi tak halal la, wpun syarat pertama dah pass.

syarat ketiga - cara penyediaan makanan tu. ada sumber makanan yg perlu diproses melalui sembelihan (jadi kena tgok pulak syarat sembelihan - kena sembelih masa binatang tu hidup, tak boleh sembelih pakai gigi/tulang/kuku, disembelih oleh orang Islam, sembelihan mengikut syarat sembelihan iaitu putuskan saluran makanan & pernafasan binatang tu).

bagi yang makanan yang tak perlu disembelih (rempah ratus, sayur, garam, gula) - penyediaan tu pulak macam mana? semasa proses bercampur dengan bahan tak halal tak? kebersihan tempat penyediaan tu bersih ke tak? alat2 yg digunakan bersih ke tak? org yg menyediakan makanan tu - berkeadaan bersih atau pengotor?

jadi ni la tiga syarat yg kena comply utk menjadikan makanan tu halalan toyyiba.

zaman dah berubah. dunia makin canggih (bak kata iklan BH). zaman skang pemprosesan makanan dah melibatkan industri, perkilangan, restoren. Jadi banyak makanan tak disediakan sendiri oleh org yg nak memakannya. Jenuh jugak kalau tiap kali beli milo, horlick, mi megi takkan nak kena pergi kilang satu2 utk check nak tau kilang tu comply tiga syarat tu. jadi terpaksa la bergantung dengan authorities - kat msia skang JAKIM lah. jadi JAKIM berfungsi membantu umat Islam dlm menentukan halal haram sesuatu produk dgn tujuan nak memudahkan kerja org ramai la - supaya kita tak perlu pergi check kilang satu2 tiap kali beli makanan @ makan kat hotel/fastfood outlet.

Berat ke tak tanggungjawab JAKIM ni? aku tak kerja kat bahagian persijilan JAKIM, tapi berdasarkan cerita aku kat atas tu - camne nak tentukan halal haram, ditambah pulak dengan beribu kilang, restoren, hotel dsbnya kat msia ni, plus dosa pahala org bila melibatkan makan minum ni - pada pendapat aku tugas tu berat. tersangat berat. Tapi berat macam mana pun, perkara tu dah jadi tggjawab jadi kena buat la.

Aku tak tau macam mana org JAKIM jalankan proses pensijilan, SOP dsbnya tapi yg pasti prosedur dan kaedah tu mesti la dh ada. Cuma aku nak tekankan kat sini - proses pensijilan ni tak sepatutnya sekadar proses rubber stamp - lepas bagi sijil, pastu takde pemantauan. (aku bukan nak tuduh JAKIM tak buat pemantauan, aku nak bagi tau, pemantauan tu penting). Pemantauan yang ideal - setiap kilang/premis yg dah diberi status halal, mesti ada sekurang-kurangnya seorang pegawai yang bertindak memantau semua proses penghasilan makanan supaya comply dgn semua syarat pensijilan, pastu hantar report hari2 - baru la betul. Tak cukup pegawai? then tambah pegawai. Skang dah berlambak graduan menganggur - ni masa nak sediakan peluang pekerjaan.

Lagi satu - undang2 yang sedia ada kena tegas. Kalau takde sijil halal, automatik bagi je sijil lain yang approve penghasilan makanan, tapi bagitau sijil tu tak jamin halal haram. barang makanan halal ade logo, pastu barang makanan tak halal pun kena ada logo - tak patut ada kompromi. kalau tak ade sijil tak boleh jalankan perniagaan. tau tak kenapa peniaga boleh buat main je logo halal ni? sebab tak tegas tu la - bagi amaran, bayar denda - sape nak takut? bagi kuasa sita & off je terus bisnes, baru dorg takut & comply.

dulu ade dengar Malaysia nak jadi halal hub. bagus la, tapi kena pastikan we're doing right things & doing things right.





   

No comments: