02 September 2010

Etika perang: Kisah sniper Iraq dan tentera Marin US

Video


Ringkasan cerita: sekumpulan tentera Marin US berdepan dengan penembak hendap pejuang kebebasan Iraq. Penembak hendap berkenaan mengambil posisi di sebuah hotel, melepaskan tembakan ke arah tentera Marin tersebut. Dalam serangan tersebut, seorang anggota Marin terbunuh. Anggota Marin yang lain ingin mengalih dan menguruskan mayat anggota tentera yang terbunuh tersebut namun mereka bimbang menjadi sasaran tembakan.

Jam mula beranjak ke pukul 1 tengah hari. Azan Zuhur berkumandang, dan penembak hendap berkenaan berhenti melepaskan tembakan. Kebiasaannya mereka akan berhenti menembak setiap kali azan berkumandang untuk menghormati azan, sehingga azan tamat berkumandang (dalam tempoh 5 minit). Anggota Marin yang masih hidup mengambil keputusan memindahkan mayat rakan mereka yang terbunuh tadi, tapi 5 minit tidak memadai, mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menguruskan mayat rakan mereka. Anehnya, walaupun mereka mengambil masa yang lama untuk memindahkan mayat tersebut, penembak hendap berkenaan tidak mengambil peluang menembak anggota2 Marin yang sedang memindahkan mayat anggota tentera berkenaan, dan akhirnya mayat tersebut berjaya dikeluarkan daripada medan pertempuran. Anggota Marin yang ditemubual menganggap walau siapa pun penembak tersebut, penembak tersebut tahu apa yang sedang dilakukan anggota Marin tersebut dan beliau telah menunjukkan rasa hormat kepada si mati.

Etika dalam perang yang jarang dapat dilihat dalam peperangan lain, termasuk ketika era insurgensi di Malaysia.

No comments: