10 September 2010

Catur, buah catur dan percaturan

Catur ni salah satu game yang memang meletakkan aku dalam kelompok mereka yang noob. Aku tau pawn gerak satu langkah ke depan, castle/rook gerak atas bawah depan belakang, knight gerak bentuk L, bishop gerak menyerong, kena keliling king kalau nak checkmate..tapi dari segi strategi, dari segi camne nak menang, camne keadaan check atau mate atau checkmate aku tak reti langsung. Zaman kecik-kecik dulu aku rajin main Lego, tu pun balik2 pasang buat bentuk pistol atau mesingan (ingatkan rajin main Lego masa kecik dah besar jadi arkitek, rupanya tak).



Tapi aku faham la konsep permainan ni. Buah catur digerakkan dengan matlamat nak menang, kadang2 ada buah, selalunya pawn la yang dikorbankan semata-mata untuk menang atau sebagai strategi. Buah catur, daripada pawn sampailah king sebenarnya helpless - sekadar digerakkan berdasarkan kehendak dan pemikiran pemain catur tu.

Bila ditengok dan dikaji pulak sistem kehidupan manusia, sama ada sebelum wujud tamadun ataupun selepas tamadun wujud, seakan ada persamaan dalam permainan catur tu dengan kehidupan manusia - yang bijak, pandai akan memanipulasi dan menjadikan objek, hidupan malahan manusia yang lain sebagai buah catur. Saintis menggunakan haiwan untuk ujikaji saintifik. Jeneral, raja, ataupun pemimpin politik korbankan askar2 dalam peperangan, untuk memenuhi kehendak strategi ataupun cita-cita dorang. Aku pernah terbaca kisah macam mana seorang raja (lupa dah daripada tamadun mana), dalam proses dia nak tau titik kelemahan dan bahagian badan manusia yang lemah, raja tu panggil hamba abdi, seorang demi seorang, lepas tu setiap seorang hamba tu ditikam dengan besi kat pelbagai bahagian tubuh - ada yang kena tikam kat tangan, kat perut, kat leher, kat dada, pendek kata kat mana-mana bahagian badan, lepas tu tempoh masa yang diambil untuk hamba tu bertahan sebelum mati dicatat. Serius memang psychopathic punya raja. Penaklukan Panama oleh Amerika Syarikat pada tahun 1989, didakwa berlaku sebab Presiden Panama masa tu yang juga ejen CIA, Manuel Noriega dikatakan berpaling tadah dan terlibat dalam urus niaga dadah - bayangkan seorang presiden sebuah negara dijadikan ejen CIA. Kalau contoh di negara kita sendiri, tengoklah macam mana manusia-manusia yang bijak pandai, wujudkan skim piramid (pastu guna istilah MLM), gunakan keringat orang bawahan dengan cara memanipulasikan impian orang2 kebanyakan untuk jadi kaya, untuk capai economic freedom - dan akhirnya yang jadi kaya mastermind2 ni semua. Politik, tak payah cakap la. Ketakutan dan sifat prejudis, prasangka terhadap sesama manusia jadi alat untuk memanipulasi orang supaya orang sentiasa patuh dan tunduk pada kepartian sempit.

Hidup ni seakan coherent dan mematuhi hukum survival of the fittest. Tak ubah macam lirik lagu Menara Kesesatan daripada kumpulan Search.

Dari lembah terasing
Kita di perhatikan

Satu lakunan pentas
Mainan cendekiawan

Inilah sebahagian cara hidup kita
Mempermain dan dipermainkan

Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari

Tapi survival of the fittest tu bukan hukum alam, manusia je yang pandai2 cakap - yang kuat menang, yang lemah kalah. Kalau kita akur dan menerima falsafah survival of the fittest ni, kita sebenarnya da terperangkap dalam jerat orang yang menolak kewujudan Tuhan. Cara hidup yang dah ditunjukkan oleh Tuhan, semenjak Zabur, Taurah, Injil dan Al Quran diturunkan - yang kuat melindungi yang lemah, yang bijak menolong yang bodoh, yang kaya membantu yang miskin. Wujudnya dua spektrum yang berlawanan dan bertentangan dalam kehidupan atas muka bumi ni untuk saling lengkap-melengkapi, selain daripada sebagai bukti yang alam ni bukan ciptaan spontan tanpa permulaan, macam yang geng2 freethinker, Freemason atau ahli sihir zaman Firaun percaya. 

Survival of the fittest, natural selection (natural selection masih jadi sebahagian kurikulum program matrikulasi zaman aku belajar dulu, harap2 dah dikeluarkan), humanism..semua tu tak lebih daripada falsafah ciptaan manusia (kalau bukan ciptaan Iblis) yang dangkal.

2 comments:

lufkin said...

cam sial ak pn mase kecik suke main lego.. dari lego tu macam2 aku boleh bina, last2 besa2 x jadi arkitek jugak.. haha!

karl said...

rupanya kita senasib..kah kah kah