07 September 2010

Catatan ringkas tentang pengklonan manusia

Isu pengklonan manusia ni jarang dimainkan oleh media Malaysia. Ye, aku tau..media kat negara ni lebih suka mensensasikan isu pasir, isu orang bukan Islam masuk masjid, cerita artis berebut laki dan cerita bendera kena bakar. Takpe, sape2 yang datang jenguk blog aku boleh lupakan seketika isu-isu yang serius tu, buat pening kepala je kan? Hahaha

Pengklonan manusia mula diperkatakan oleh saintis (secara spesifik, pemenang Anugerah Nobel, ahli genetik yang bernama Joshua Lederberg ) pada tahun 1966. Isu ni menjadi perdebatan di kalangan saintis berkenaan aspek etika, kelebihan dan kesan buruk proses pengklonan manusia.

Sebelum tu, apa sebenarnya pengklonan ni? Baiklah, dulu masa sekolah aku percaya korang mesti pernah belajar, pembiakan seks dan aseks. Pembiakan seks, melibatkan sel jantan dan sel betina (sperm & ovum), macam yang budak2 bodoh buat zaman skang ni la, yang kemudian by product pembiakan tu (bayi) dibuang merata-rata. Pembiakan aseks pula, pembiakan di mana sesuatu organisma dihasilkan oleh sel induk tanpa melibatkan percantuman dengan sel macam pembiakan seks, sebagai contoh, ubi kayu dan tebu yang boleh ditanam menggunakan keratan batang. Pengklonan merupakan pembiakan aseks - individu yang sebijik serupa dari segi genetik dihasilkan daripada sel orang yang diklon. Contoh, kalau korang klon Mawi AF3, korang akan dapat individu yang serupa dengan Mawi AF3.

Macam mana proses pengklonan dijalankan? Untuk memudahkan tapi dalam masa yang sama memberikan sedikit input dan knowledge dalam sains, aku mulakan dengan proses pembentukan manusia secara normal. Manusia bermula bila sel pembiakan daripada bapa (sperma) yang membawa satu set kromosom (kromosom: DNA dalam bentuk jalur-jalur lurus) yang terdiri daripada 23 kromosom, bercantum dengan sel pembiakan ibu (ovum) yang juga mengandungi 23 kromosom. 23+23 = 46 kromosom. Sel manusia memerlukan 46 kromosom untuk menjadikan manusia tu sempurna dari segi sifat fizikal dan biologi sebagai manusia. Kalau terlebih kromosom, maka manusia mungkin mengalami kecacatan (contoh: Sindrom Down). Percantuman 23 kromosom daripada pihak lelaki + 23 kromosom perempuan juga membolehkan anak2 yang bakal dihasilkan mewarisi sifat-sifat biologi kedua ibu bapa mereka, mungkin rambut anak macam rambut bapa, tapi warna kulit macam warna kulit emak.



Dalam proses pengklonan pulak, sel yang terlibat ialah ovum (daripada penderma yang sudi menderma), dan juga sel soma (sel soma: mana-mana sel dalam badan manusia yang mempunyai 46 kromosom) daripada orang yang nak diklon. 23 kromosom yang berada dalam ovum tu dikeluarkan, dan kemudian sel soma orang yang nak diklon tu digabungkan dengan sel ovum. Oleh yang demikian,  Lepas tu, renjatan elektrik dikenakan kepada gabungan sel tersebut untuk menipu sel tu bahawa persenyawaan dah berlaku. Kemudian gabungan sel tersebut akan berkembang menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang bagi proses kandungan dalam badan.

Apa kelebihan mengklon manusia? Klon akan memiliki sifat-sifat sama seperti manusia, ada organ seperti jantung, buah pinggang, limpa dan sebagainya. Katakanlah seseorang mengalami kerosakan buah pinggang, kalau dia ada klon, dia boleh ambik buah pinggang daripada klon dia untuk gantikan buah pinggang dia. Proses pengklonan jugak membolehkan pasangan yang tak ada anak untuk mendapatkan zuriat. Lagi satu, kalau negara kita cuma ada seorang askar yang hebat macam Rambo, kita boleh klon askar tu untuk mendapatkan beribu-ribu atau berjuta Rambo yang sama.



Dari segi kekurangan atau keburukan klon, first sekali, tentu lah sangat kejam dan tak bertamadun, mengklon diri sendiri, hasilkan manusia yang sama macam kita, pastu suka2 je ambik organ dia bila organ kita rosak. Kalau pasangan yang dapat anak melalui proses klon, tiba-tiba tak nak pulak anak tu, apa akan jadi pada klon tu, nak terminate? Semurah tu ke harga manusia? Dan bila kita klon sorang Rambo, tiba-tiba Rambo tu jenis rebel, habis semua klon dia rebel, memang alamatnya askar makan tuan lah.

Jadi kesimpulannya, pengklonan manusia ni..baik tak payah la. Lagipun siapa kita sampai macam tu sekali nak bertindak macam Tuhan, kan?

1 comment:

lufkin said...

macam starwars: attack of the clone, dia clone askar paling handal berjuta2 jadi storm trooper..

contoh genetic engineering punya hasil: ayam daging, 30 hari menetas dari telur je dah boleh jual kat tesco, scary huh?

ko agak2 tak lama lagi dorg boleh re-engineer human genetic tak? budak cepat membesar jadi dewasa dalam masa setahun, semua badan kuat2 dan bijak, dilahirkan khas untuk berperang, possible..