07 September 2010

Bendera yang sangat annoying

Okeh, bagus..korang dah berjaya provoke aku untuk aku tulis something dalam blog aku.

Benteng Demokrasi Rakyat. Aku serius tak faham apa kejadahnya kaitan nama pertubuhan ni dengan aktiviti dorang sekarang - keep provoking Malaysian by organizing demonstration at the front of Malaysia's Embassy.



Apa masalah yang tak puas hati sangat dengan Malaysia ni? Yang tak tau, tapi ni antara yang aku pernah terbaca kat forum dan jugak kat dalam media internet, plus newspapers

- Anggota Rela  & PDRM peras ugut rakyat Indonesia yang cari rezeki kat Malaysia.
- Majikan Malaysia berlaku zalim kepada pekerja Indonesia
- Orang Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia (celaka, camni punya alasan pun ada ke?)
- Polis Marin Malaysia ceroboh perairan Indonesia
- Malaysia tali barut British (the same justification by Sukarno when launching Ganyang Malaysia, back in 35 years ago)



Baiklah, berdasarkan pengalaman aku sendiri berforum dengan sesetengah Indonesian, first, bila aku start forum dengan diplomasi, seriously dorang pun layan dengan cara diplomasi. Cuma masalahnya, bila dah berdebat, dan membabitkan pengemukaan fakta, dorang akan divert current issue, bukak cerita baru pulak. Bila suruh bagi bukti melalut-lalut.

Senang cerita, memang ko akan rasa diperbodoh-bodohkan kalau nak berforum dengan dorang, nak menang tu takde hal, tapi dorang menganggap berjaya provoke orang tu satu kemenangan bagi dorang, so enough, i'm not going to debate with them anymore.

Cuma sekarang ni, aku just nak bagitau kepada rakyat Malaysia, as long dorang tak:

- sentuh rakyat Malaysia kat sana (bunuh, rogol, rompak, bakar dsbnya)
- mulakan subversif campaign kat Malaysia (edarkan risalah, mulakan kacau-bilau atau laga-lagakan orang kat sini)
- mula lakukan pencerobohan ke ruang udara, perairan atau sempadan darat Malaysia

kita buat bodoh jela. Buat macam takde apa-apa, atau kalau nak mengutuk atau discuss apa2 pasal isu ni, biar kat dalam internet ni je, tanpa perlu babitkan dorang.

Ada orang bagi kemungkinan, mungkin perkara ni terjadi untuk mengkucar-kacirkan keharmonian antara dua negara yang berjiran ni. Benda ni tak ada bukti, tapi apa-apa hal pun just beware, supaya kita tak terperangkap dengan isu-isu yang membangkitkan kemarahan up to threshold level macam ni.

p/s quit pissed off dengan reaksi Indonesia authorities about this issue.

2 comments:

lufkin said...

tak payah la, dorang keje nak troll org ke dgn kite je kalau debat dgn dorg..

aku punyela penat bagi hujah ilmiah, yang dibalas caci-maki, carutan.. macam gampang.. dulu kuat jugak layan dorg ni, skang dah malas nak layan orang2 bodoh ni...

karl said...

pasal tu aku berenti dah nak melayan dorang, hehe. buat sakit hati je