08 September 2010

Agensi perisikan di Malaysia

Agensi perisikan merupakan salah satu komponen penting dalam pertahanan sesebuah negara. Secara umumnya, tugas sesebuah agensi perisikan ialah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan aktiviti jenayah, kegiatan subversif dan sebarang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara. Di samping itu, agensi perisikan juga berperanan dalam menjalankan perang saraf ketika peperangan (iaitu penyebaran ideologi dan false information terhadap tentera musuh).

Terdapat dua agensi perisikan utama di Malaysia iaitu:

Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia



Ditubuhkan bermodelkan Special Branch UK. Bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.



Merupakan sebahagian daripada komponen Tentera Darat Malaysia. Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan seperti berikut:
  • Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).
  • 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).
  • 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).
  • Cawangan Perisikan.
  • Jabatan Arah Risik.
  • Pusat Latihan Perisikan (PULARIS)
KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya termasuklah tugas-tugas berikut:
  • Memberi khidmat nasihat kepada Pemerintah Pasukan mengenai aspek-aspek perisikan operasi, taktikal, keselamatan dan geraksaraf perangsaraf.
  • Menggubal dan mengeluarkan arahan yang berkaitan dengan perisikan operasi, taktikal, keselamatan dan geraksaraf perangsaraf.
  • Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan operasi-operasi perisikan di dalam Tentera Darat.
  • Menganalisa semua maklumat perisikan untuk keperluan operasi Tentera Darat.
  • Menyedia pegawai-pegawai dan anggota yang profesional dalam bidang perisikan.
Secara ringkasnya, Cawangan Khas menguruskan isu-isu perisikan yang berkaitan dengan ancaman dalam negeri, manakala Kor Risik Diraja menumpukan kepada isu perisikan yang berkaitan dengan ketenteraan. Walaubagaimanapun, kedua-dua agensi ini saling bekerjasama dan bertukar maklumat dalam memastikan keselamatan negara terjamin.

2 comments:

Kujie said...

Dikesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir & batin

Kujie
silent bookmark :D

karl said...

Terima kasih Kujie, selamat hari raya jugak, maaf zahir batin :)