16 August 2010

sejarah mungkin berulang..ang.... (sila nyanyi macam Tomok masa dia jadi vokalis New Boyz)



Kepada generasi Y yang lahir dan menetap di Malaysia sekitar 80-an dan menjalani zaman usia remaja sekitar awal milenium ketiga, pasti korang pernah tertengok kat TV atau terdengar kat radio #1 kumpulan New Boyz - lagu Sejarah Mungkin Berulang. Band boy yang berwajah cute, balak2 sekolah yang membawakan lagu-lagu jiwang Melayu. Mereka jadi pujaan gadis-gadis innocent yg bersekolah di kampung dan pekan (mungkin juga di bandar, sebab waktu tu globalisasi belum lagi berkembang pesat di Malaysia). Ada awek yang suka, dan ada awekyang benci band ni. Yang suka sebab lagu yang jiwang dan muka2 line up band yang comel, yang tak suka pulak juga sebab lagu yang jiwang, muka2 line up band yang comel, tak bawak lagu omputeh, lagu Melayu jiwang kata mereka (padahal dalam masa sama layan N'Sync, Backstreet Boy.cukup tak faham aku dgn golongan yg ni).

Dan kemunculan band ni sebenarnya satu sejarah dalam industri muzik Malaysia.

Aku bukan nak bercerita pasal New Boyz, atau lagu-lagu hits mereka. Disebabkan Allah beri peluang aku untuk berjaga dan masa panjang lagi sebelum waktu sahur, tambahan pulak aku dah terfikir beberapa hari lepas pasal perkara ni, jadi kali ni aku nak bercerita sedikit tentang sejarah, atau dalam English --> History.

Zaman aku sekolah dulu, subjek sejarah merupakan subjek yang susah aku nak dapat gred A. Time ujian, exam, mesti dapat B, walaupun markah dah tak jauh daripada A. Dan kebanyakan pelajar lain pun kalau pun tak suka, mesti cuak bila membabitkan ujian subjek sejarah. Lepas akhir tingkatan 2, barulah aku dapat konsisten dapat A dalam subjek sejarah sampai la PMR. Lepas PMR, situasi dapat gred A & bukan gred A tu berada dalam equilibrium - kejap dapat A, kejap tak dapat A.

Sejarah ni, secara ringkas, perkara yang telah lampau yang terjadi sebelum masa semasa (current time). Boleh jadi melibatkan manusia, boleh jadi melibatkan alam semesta, boleh jadi apa-apa perkara pun - dengan syarat perkara tu telah berlaku. Sejarah atau pun peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ni kemudian didokumenkan & dirakamkan melalui pelbagai cara supaya perkara tersebut diingati - boleh jadi dalam bentuk hieroglif tamadun Mesir, rakaman gambar perang dunia ke-2 oleh jurugambar perang, surat khabar, melalui ingatan dalam kepala sendiri atau video ceramah reformasi dan sebagainya. Pendokumentasian sejarah amat penting - ketepikan dulu soal bias atau tak - sebab tanpa dokumentasi, peristiwa yang telah berlaku akan dilupakan begitu sahaja.

Bercakap tentang sumber-sumber sejarah, ada satu perkara yang jadi perkara yang perlu diambil perhatian - kesahihan sumber sejarah. Masa belajar dulu, aku diajar yang sumber lisan merupakan sumber yang bersifat lemah. Dan sumber yang kukuh selalunya seperti rakaman bertulis, video dan sebagainya. Pada pendapat aku,pengkelasan sumber lemah & kukuh ni tak betul langsung. Kukuh atau lemahnya sesuatu sumber sejarah tu sukar dinilai - sebab walau apa pun cara sejarah didokumentasikan - unsur-unsur bias mesti gerenti ada, itu satu hal. Dan satu lagi, contohnya sumber lisan. Katakanlah kita menjadikan cerita daripada seorang tua sebagai sumber sejarah, lalu kita klasifikasikan sumber ni sebagai lemah. Macam mana kita nak tau orang tua yang bercerita ni bercerita secara menokok tambah ataupun bercerita secara jujur sejujurnya? Memang ada orang yang suka tokok tambah masa bercerita, tapi ada juga manusia yang jarang sekali berbohong dalam hidup mereka, dan cerita daripada mulut mereka, memang sebijik macam apa yang berlaku. Sumber-sumber tulisan macam video, buku catatan  dan sebagainya - sumber-sumber ni boleh dipalsukan, dan cara sesuatu peristiwa didokumenkan pun boleh ditulis berdasarkan cara pemikiran seseorang penulis tu. Sebagai contoh, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam Utusan Malaysia tulis lain, dalam Harakah tulis lain, dalam Washington post tulis lain. Maka aku yakin bila manusia yang bakal hidup 100 tahun ke depan, bila mereka cari maklumat tentang Anwar Ibrahim, persepsi mereka akan berbeza-beza berdasarkan sumber yang bakal mereka rujuk. Ada yang akan fikir Anwar Ibrahim seorang gay dan homoseks. Ada yang akan fikir beliau seorang tokoh reformis.

Jadi dalam menilai berkenaan sesuatu peristiwa bersejarah dan mengetahui sesuatu kebenaran, cara paling efektif nak mengetahui perkara sebenar ialah dengan mempunyai sumber rujukan yang banyak. Kemudian, cari frasa, description atau apa-apa je yang sama @ berulang @ dijumpai dalam semua sumber tersebut. Maka sekarang aku nak bercakap kepada orang yang bakal hidup 100 tahun dari sekarang yang akan cari maklumat tentang Anwar Ibrahim - perkara yang bakal korang jumpa berulang-ulang dalam sumber rujukan korang ialah - Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, isteri beliau Dr Wan Azizah, beliau pernah ditumbuk oleh bekas Ketua Polis Negara, beliau pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan beliau pernah dipenjarakan.

Nampak cuma sedikit je kebenaran yang timbul, kan? Adakah beliau meliwat Saiful Bukhari? Adakah beliau ejen CIA? Percaya la cakap aku, tentang perkara-perkara ni, cuma Allah je yang akan tentukan sama ada korang akan tau benda ni betul atau tak. Pencarian dan fokus terhadap perkara2 yg berulang ni akan menimbulkan cuma sedikit kebenaran yang sebenar, mungkin tak sampai 5% pun. Tapi yang pasti, lebih baik kita tahu perkara yang sebenar daripada tertipu dengan penipuan, kan?

Banyak sebenarnya aplikasi subjek sejarah, cuma dalam buku teks tak ditekankan sangat. Antaranya:


- pendokumentasian sejarah adalah penting. Sebagai contoh, kalau ada orang berhutang duit dengan kita, kalau surat perjanjian hutang dibuat, maka sejarah yang berlaku (kita meminjamkan duit) dah dicatat dan disahkan, jadi ada peluang untuk kita tuntut balik hutang kita.


- Pakar perubatan perlu mengetahui rekod sejarah perubatan seseorang pesakit seperti penyakit kronik yang dialami pesakit, jenis rawatan yang pernah dilalui, pembedahan yang pernah dijalankan, sejarah alahan terhadap ubat-ubatan dan sebagainya untuk membolehkan mereka memberikan rawatan yang sepatutnya terhadap pesakit


- Rekod sejarah keturunan keluarga amat penting untuk membolehkan saudara mara dan waris yang berkenaan dihubungi bila ada isu yang perlu diselesaikan - contoh dalam hal pembahagian pusaka


- Sejarah boleh dijadikan sumber rujukan untuk mengetahui tindakan yang patut diambil bila berlaku sesuatu. Contoh waktu Malaysia dilanda kegawatan ekonomi - negara menjalankan kawalan modal. Jadi bila kegawatan ekonomi dalam senario yang hampir serupa berlaku sekali lagi, bolehlah dirujuk balik apa yang dah dibuat sebelum ni untuk berdepan dengan masalah tu.


- Dengan mengetahui sejarah bakal suami/isteri - sbg contoh bakal suami/isteri dulu ada rekod jenayah, pernah jadi bohjan/bohsia - perkara ni boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat keputusan dan menilai risiko yang bakal dihadapi dalam memilih pasangan hidup

Banyak lagi, tapi tu lah di antaranya. Dan satu perkara yang paling penting sekali --> pengajaran daripada sejarah.

Berbagai-bagai pengajaran kita boleh belajar daripada sejarah. Kita boleh belajar, umat-umat terdahulu yang diturunkan Rasul akhirnya musnah akibat melanggar perintah Allah dan ajakan Rasul. Umat Islam dulu mentadbir dunia dalam suasana yang gemilang, tapi rebah sebab meninggalkan suruhan Allah. Umat Melayu dulu tertipu dan ditipu oleh orang British disebabkan nak berebut kuasa. Dan mungkin kalau susah nak faham dengan contoh-contoh ni, aku bagi contoh, korang main semut api, pastu semut tu gigit tangan - merah bengkak jadinya. 7 tahun lepas tu korang berjumpa semut yang sama, jadi melalui sejarah yang berlaku korang pun tau - semut ni berbisa, ada methanoic acid dalam gigitan dia - jadi korang takkan kacau dah semut tu.

Bila kita tak belajar daripada sejarah, maka akan berlakulah...sejarah mungkin berulang (sila nyanyi macam suara Tomok masa dia jadi vokalis New Boyz). Berulangnya sejarah tu bukanlah bermaksud, dulu masa Perang Dunia Kedua, Hitler jadi ketua Nazi, lepas tu 200 tahun akan datang, Hitler yang sama akan bangkit dari kubur dan jadi ketua Nazi balik. Bukanlah macam tu..maksud sejarah mungkin berulang tu ialah, sebagai contoh, kita dah tahu tok moyang kita dulu ditipu British sebab bertelagah berebut kuasa - maksudnya orang akan ambil kesempatan terhadap kita bila ada peluang. Lepas tu zaman kita pulak, ada masalah dengan pemimpin negara, kita pergi hebah serata dunia, minta tolong Amerika, minta tolong turki, minta tolong Perancis, buat report polis kat Perancis, kita lupa apa yang dah jadi pada tok moyang kita..orang luar akan tahu ohh, pemimpin negara ni ada masalah, so ada peluang untuk kita conquer ekonomi dia, kita boleh blackmail dia, kita boleh ugut dia supaya jadikan ekonomi negara dia boleh kita kuasai.

Jadi sejarah mungkin berulang, betul, memang sejarah mungkin berulang, tapi bukanlah dalam bentuk yang sebijik sama betul macam klon, sebaliknya berulang dari segi konteks prinsip pengajaran yang boleh dicedok daripada sejarah tersebut. Oleh itu, marilah kita belajar dan mengetahui sejarah, belajar daripada sejarah supaya kita tak mengulang kesilapan dan kebodohan yang pernah dibuat oleh umat yang terdahulu.

Terfikir juga. Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi, Najib Razak, Nik Aziz, Ibrahim Abu Shah, Zohadi Bardaie..macam mana agaknya manusia yang hidup 50,100 tahun akan datang (kalau belum kiamat la) melihat mereka semua ni nanti. Camne la mereka akan dikenali nanti. Ceh, fikir pasal orang, aku sendiri pun tah macam mana orang akan anggap aku 100 tahun lagi. Mungkin dah tak dikenal orang langsung agaknya, hahaha




4 comments:

El Ferdowsi said...

@ sayap :
|| Terfikir juga. Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi, Najib Razak, Nik Aziz, Ibrahim Abu Shah, Zohadi Bardaie..macam mana agaknya manusia yang hidup 50,100 tahun akan datang (kalau belum kiamat la) melihat mereka semua ni nanti. Camne la mereka akan dikenali nanti. Ceh, fikir pasal orang, aku sendiri pun tah macam mana orang akan anggap aku 100 tahun lagi. Mungkin dah tak dikenal orang langsung agaknya, hahaha ||

Kalau media tolong mereka, terkenal la jawabnya. Kalau media tak tolong, cucu cicit sendiri pun xnk mengaku. ;)

karl said...

Sumber media sekarang sumber yang paling susah nak percaya. Sumber rakaman sejarah yang tak bias mungkin 1 dalam sejuta. Sama ada sesuatu sejarah mampu diketahui dalam bentuk sebenar @ palsu banyak bergantung kpd kebijaksanaan penafsir sejarah tersebut.

ahchOng's said...

harammm..penin terus aku baca benda ni..kena p mkn dulu baru leh sambung baca

ahchOng's said...

harammm..penin terus aku baca benda ni..kena p mkn dulu baru leh sambung baca