08 August 2010

Pengalaman bersua dengan menteri

Lebih kurang 5 atau 4 tahun lepas, ada seorang Menteri datang ke kolej matrik tempat aku belajar. Dah lupa dah apa punya acara/majlis yang nak dirasmikan tu, tapi macam biasa, sebagai rakyat jelata yang taat kepada undang2 firaun (pinjam istilah Ah Chong), maka aku pun berbondong-bondong lah ke dewan serbaguna, merangkap exam hall bila ujian penilaian & exam final sem. Dalam dewan tu, student merupakan kelompok paling ramai, kemudian kelompok pensyarah diletakkan di bahagian tengah dewan. VIP di bahagian depan.

Semasa Menteri tu datang masuk ke dewan, berebut-rebutlah student nak bersalam dengan beliau. Aku dengan beberapa kelompok student yang masih berjiwa rebellious, lepak je duduk atas kerusi, dan beberapa baris di depan pun dipenuhi dengan student yang berat bontot nak bangun.

Tiba-tiba aku tengok barisan student yang kat depan aku sedikit demi sedikit bangun. Apa hal pulak ni? Rupanya menteri tersebut sangat lah mesra alam, dia sanggup berjalan ke area kami yang berat bontot ni untuk bersalam dengan kami. Warggh! Excited, suke3..menteri mau jabat tangan. Ceh! Aku terpaksa berdiri bangun, dan orang yang tadi tak berapa ramai kat sekeliling aku mula berkerumun kat area tempat aku lepak tu. Rimas betul. Adakah aku berjabat tangan dengan menteri tu? Ya, aku berjabat tangan dengan beliau. Itulah first time aku berjabat tangan dengan menteri kabinet. Maka pak menteri pun perlahan-lahan berjalan ke kawasan tempat duduk VIP, dan semua sekali bangun untuk sama2 menyanyi lagu Mamula Moon Negaraku, lagu kebangsaan negeri Pahang dan lagu amenda tah..tak ingat dah.

Macam biasa, ucapan ahli politik. Skip, tak payah cerita atau reka-reka cerita sebab memang aku tak ingat. Kemudiannya sesi soal jawab. Adalah sorang student bertanyakan soalan, lebih kurang macam ni..

"Dato, bolehkah pihak kementerian mempertimbangkan untuk menaikkan elaun pelajar matrik disebabkan harga barang dah mula naik disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ni?" Soalan beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua pelajar. Masa tu pakai istilah naik harga minyak lagi, belum pakai lagi perkataan "selaras".

Maka menteri pun memberikan jawapan.

"Saya berasa kecewa dengan anak muda yang tak menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ni. Saudara tahu, harga minyak dunia sekarang telah naik, bla bla bla. Lagi pun saudara nak mintak elaun naik, pasal nak beli apa? Langkah tersebut adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara,"

Kemudian kelompok pensyarah yang tak sampai 70 orang bertepuk. Memang jelaslah dengar dorang bertepuk, sebab? Sebab hampir 2000 student yang lain senyap je, tak tepuk tangan langsung. Melihatkan keadaan tu.

"Tak payah tepuk tangan. Memang keputusan ni tak popular, dan kerajaan perlu mengambil keputusan tak popular untuk menyelamatkan negara," Pak Menteri bercakap. Melihatkan keadaan yang jadi macam tu, aku tak dapat tahan daripada gelak.

2000 orang anak muda yang tak bertepuk tangan untuk ucapan menteri ni sekarang dah bertebaran ke seluruh negara - ada yang dah bekerja, ada yang dah habis belajar, ada yang masih belajar. Menteri tu sekarang dah bertukar portfolio, tak lagi menjaga kementerian pelajaran. Aku tak tau mereka yang hadir malam tu, ingat lagi tak tentang peristiwa ni. Cuma aku harap, tepukan tangan mereka masih lagi mahal untuk diberikan kepada orang yang berucap, lebih-lebih lagi menteri.

No comments: