06 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tahun ni tahun 2010. 31 Ogos nanti ulang tahun ke-53 pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, tarikh yang sama digunakan sebagai takrifan tarikh ulang tahun kemerdekaan Persekutuan Malaysia.

Aku rasa selagi aku hidup dan selagi blog pinggiran ni berfungsi, maka tiap2 tahun la aku akan tulis posting yang sama pasal sambutan pengisytharan kemerdekaan ni. Ulang, berulang-ulang berkali-kali. Tapi ape nak kisah kan, begitu jugak dengan sambutan perayaan tu, bukan ke tiap-tiap tahun lebih kurang sama je - konsert, nyanyi2 lagu merdeka, baca puisi - tapi berduyun juga orang dtg ke majlis sambutan tu.

Merdeka tu apa sebenarnya?

Kalau nak senang cakap, bahasa yang mudah difahami oleh orang kampung macam aku ni, merdeka tu maksudnya bebas. Tak ditakluk, atau dijajah sesiapa. Antonim perkataan merdeka ialah hamba. Hamba kan manusia yang ditawan, yang tertakluk kepada pemiliknya.

Kalau erti merdeka dari konteks sesebuah negara, maksudnya sebuah negara yang bebas daripada pengaruh luar. Pengaruh luar dalam erti kata lain, penjajah.

Dah merdeka ke kita ni?

Kalau soalan ni ditanya kepada kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin kebanyakan akan menjawab ya, negara ni dah merdeka. Perdana Menteri, Menteri, Adun, Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat. Ada pilihanraya. Pemerintahan dijalankan oleh rakyat negara ni sendiri. Maka kita telah merdeka. Lama dah merdeka, dah 53 tahun. Jangan la bengap sangat, soalan macam ni pun nak tanya ke?

Pada pendapat aku, ya kita dah merdeka. Tapi merdeka kita, merdeka separuh masak yang banyak lagi tempat yang mentah.

Apasal pulak separuh masak? Merdeka ni daging panggang ke, ada mentah, ada separuh masak, ada masak hangus?

Kita ada perlembagaan. Tapi perlembagaan kita Suruhanjaya Reid yang gubal. Kenapa tak diubah, kenapa perlu orang asing yang buat undang2 negara kita?

Kita ada ramai anak muda. Dan ramai anak muda yang berfikir cara Barat, hidup dengan gaya Barat. Orang Barat buat American Idol, So You Think You Can Dance dan segala macam jenis realiti show yang haram jadah tu, lalu ramai juga anak-anak muda kita masuk rancangan-rancangan macam tu, menghabiskan masa menonton, habiskan masa dekat konsert. Orang Barat mengandung anak haram, anak muda kita pun mengandung anak haram jugak, walaupun mereka Islam. Orang Barat enjoy dekat konsert, nite club, gig..orang kita pun sama, enjoy dengan cara yang sama.

Kita sibuk bercerita tentang mengharapkan FDI sebagai sumber ekonomi. Bila kita mampu nak bergantung sepenuhnya pada janaan ekonomi sendiri, bangunkan industri-industri mega kita sendiri?

Dan merdeka yang ke 53 kali ni akan menyaksikan, ada lagi rakyat yang merempat. Ada rakyat yang masih tak dapat akses air bersih, tak dapat tenaga elektrik. Rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa masih lagi bermaharaja lela.

Malam sambutan merdeka kali ni bakal disambut pada permulaan 10 malam terkahir Ramadhan. Dan bakal bersorak, berpesta, bergelimpangan lah manusia di dataran2 pelusuk tanah air ni menyambut kemerdekaan. Dan paginya nanti meninggalkan segala macam sampah - botol plastik, bendera, pembungkus makanan, kondom bertaburan menunggu untuk dibersihkan. Mungkin 9 bulan selepas tu bertambah ramai la anak2 haram lahir hasil sambutan malam merdeka nanti.

Merdeka kita sekadar atas kertas walaupun dah 53 tahun. Merdeka kita dilakarkan bersama keruntuhan sosial. Bersama kerapuhan ekonomi yang entah bila akan jadi teguh. Bersama ketidakstabilan politik.

Mungkin kalian boleh bertanya kepada diri sendiri, kita dah merdeka (kalau kalian tetap berasa demikian), dan dalam kemerdekaan ini, adakah kita gembira dengan keadaan sekeliling kita?

Aku rasa sambutan kemerdekaan kali ni pun, tetap hambar bagi aku, seperti sambutan2 yang sebelumnya. Masih banyak yang belum selesai, atau mungkin takkan selesai.

Aku tak mengharapkan utopia, sebab Allah dah menjanjikan syurga. Cuma biarlah kehidupan di dunia ni menjadi jambatan ke syurga, bukan jambatan yang menghala ke neraka.

1 comment:

El Ferdowsi said...

byk2 blog bebudak uitm yang ada dlm group tu, blog ni je la yg paling ok.

nice ;)