13 August 2010

Kau percaya pada Tuhan?

Aku pun percaya pada Tuhan. Ada satu Tuhan yang berkuasa dekat atas muka bumi ni – duit

-  Duit ciptaan manusia. Malang sungguh, kau cetak, kau renyuk, kau masukkan dalam kocek, kau palitkandengan segala najis, kemudian kau bertuhankan kertas ciptaan tangan kausendiri. Murah sungguh martabat kau rupanya. Ingat tak semasa dinar Iraq berharga sama dengan ringgit Malaysia dua belas? Sekarang dinar Iraq sama tarafdengan tisu tandas. Malang sungguh bila Tuhan yang kau sembah kini jadi tisu tandas.


Aku percaya Tuhan. Tuhan tu ialah siapa saja yang paling berkuasa di atas muka bumi ni. Mungkin Presiden Amerika, mungkin ahli Illuminati atau Grand Lodge Freemason. Mungkin juga kau, dan mungkin juga aku.Selagi kau punya kuasa, kau punya akal, kau punya kekayaan lebih daripada yanglain maka kau lah yang akan jadi Tuhan. Manusia akan patuh pada kau, manusia akan sembah kau, manusia akan jadi tak lebih daripada buah catur yang mampu kau gerak, alih atau korbankan bila-bila saja.

- Kau bertuhankan manusia. Tahu tak kau betapa rapuhnya tubuh manusia? Sebutir tembaga yang tak sampai 4 gram dah cukup untuk meledakkan otak kau manusia. Kuasa, kekayaan, akal. Kalau kau hilang semua tu kau dah tak jadi Tuhan, dan kuasa Tuhan akan berpindah kepadayang lebih berkuasa daripada kau, bukan? Maka bersilih gantilah bertukar kuasamanusia menjadi Tuhan. Kalau begitu tak selayaknya kau menyembah manusia, dankau mesti tau, kuasa manusia tidak dapat melengahkan ajal, menentukan qada' dan qadar. Di mana sifat ketuhanan yang kau sembah kalau kemampuan kau terbatas?


Aku tak percaya Tuhan. Kau pernah tengok Tuhan? Mana kau tahu wujudnya Tuhan, kau tak pernah tengok, mata kau tak pernah melihat jasad Tuhan yang kau sembah. Kau sememangnya gila.

- Kau mahu berjumpa Tuhan? Boleh, setelah kau tak lagi bernyawa. Eh, kau ada nyawa? Pernah lihat nyawa kau? Macam mana kau tahu kau ada nyawa, kalau kau sendiri tak pernah lihat nyawa kau? Zahir mata kau letakkan hujah akan ketiadaan Tuhan. Bodoh betul engkau. Lihatlah ke dalam diri mu sendiri!

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) daritanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah SWT sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu setelah itu akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula padahari qiamat" (Al Mu'minun23:12-16).

Kau tahu semasa khabar ghaib di atas diturunkan, manusia belum lagi kenal  mikroskop, CT Scan dan x-ray. Kau belajar sains bukan? Atau mungkin kau punya sumber rujukan sains, semestinya. Ramai manusia atheis yang punya pengetahuan tentang jasad manusia, yang tahu pembentukan embrio, pembentukan neural plate, neural tube, blastosista –peringkat-peringkat pembentukan janin. Tanyakan pada mereka benarkah seperti yang diceritakan dalam perkhabaran ghaib di atas. Dan kemudian tanyalah kepadadiri mu sendiri adakah khabar ghaib sedemikian lahir daripada pemikiran seorang yatim piatu yang buta huruf, atau mungkinkah ada kuasa lain yang menurunkannya.Kau takkan percaya kalau kau tak mencarinya sendiri, aku cuma mahu menunjukkan pintu.



Sekali lagi aku tanyakan. Kau percaya pada Tuhan?

3 comments:

kyo_9 said...

Nice info~

karl said...

aku mengaku, kadang2 fikiran jahat macam ni terkeluar. waktu aku ada jawapan, rasanya baik aku tulis dulu siap2.

El Ferdowsi said...

@ karl :
||Kau mahu berjumpa Tuhan? Boleh, setelah kau tak lagi bernyawa. Eh, kau ada nyawa? Pernah lihat nyawa kau? Macam mana kau tahu kau ada nyawa, kalau kau sendiri tak pernah lihat nyawa kau? Zahir mata kau letakkan hujah akan ketiadaan Tuhan. Bodoh betul engkau. Lihatlah ke dalam diri mu sendiri! ||

;)

karl, apakah yang dimaksudkan dengan nyawa ?
apa pula definisi jasad, roh, kognitif ?

ada byk kaitan quran dengan penemuan saintifik bukan ?

sama banyak dgn bible.
sama byk dgn kitab veda.