25 August 2010

Kosher

Sekarang ni tengah heboh pasal isu bufet Ramadhan yang tak guna bahan halal untuk masakan, isu halal haram kopitiam dan sebagainya, sebenarnya aku nak beleter panjang pasal isu halal ni, tapi rilek dulu, aku nak cerita pasal satu istilah yang mungkin agak asing bagi kita semua - kosher.

Baiklah, sebagaimana umat Islam yang dituntut untuk makan makanan yang halal lagi baik, agama Yahudi pun turut mempunyai peraturan pemakanan yang tersendiri. Mereka tak boleh makan selain daripada makanan kosher.

Menda ape kosher tu?

Kosher bermaksud, makanan2 yang dibenarkan untuk dimakan dari segi undang2 agama Yahudi. Dalam agama Yahudi, makanan2 kosher ni terbahagi kepada tiga jenis: daging, susu, dan bahan makanan neutral.

Untuk daging, antara daging haiwan yang dibolehkan dalam agama Yahudi adalah daging haiwan mempunyai cloven hoof (sori, tak reti nak translate dalam BM) seperti lembu, kambing, kancil. Haiwan yang takde cloven hoof pulak secara automatik tak boleh dimakan, macam unta, babi dan arnab.Kalau burung pulak, daging burung dari jenis yang tak menyambar (bukan burung pemangsa) dibolehkan. Selain tu, agama Yahudi juga melarang memakan darah, jadi sebelum memasak daging, daging akan direndam dulu dalam air dan kemudiannya dilumur dengan garam untuk mengeluarkan darah dalam daging tersebut. Organ-organ dalaman seperti hati, jantung pulak tak dimakan dan akan dibuang terlebih dahulu sebelum daging diproses. Bagi susu @ produk tenusu, mana-mana susu yang dihasilkan oleh binatang-binatang yang boleh dimakan, maka susu tu boleh diminum. Bagi kategori bahan makanan neutral, contohnya bijirin, buah-buahan, garam, rempah ratus dan sebagainya selain daripada daging dan tenusu. Bahan makanan neutral ni takde masalah untuk dimakan oleh penganut Yahudi, asalkan tak beracun dan memudaratkan.

Nampak macam ada persamaan antara konsep halal dalam Islam dan kosher dalam Yahudi, kan? Tapi berbeza sebenarnya. Arak yang diharamkan Islam, dibolehkan dalam agama Yahudi dengan syarat arak tersebut disediakan oleh orang Yahudi. Dan ada pulak beberapa etika lain dalam pemakanan orang Yahudi, contohnya mesti cuci mulut (berkumur @ gosok gigi) kalau nak makan daging selepas makan ikan atau makan ikan selepas makan daging. Daging peha tak boleh dimakan, kalau ikut ajaran Yahudi.

Jadi senang cerita, bukan sahaja dalam Islam, malah dalam agama Yahudi pun ada etika pemakanan - manusia tak sepatutnya boleh main redah je makan apa-apa pun macam dalam Fear Factor. Bak kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan.

p/s Aku tulis ni bukan nak promote agama Yahudi. Nak cerita je, buatlah sebagai pengetahuan am. Okeh

No comments: