07 August 2010

Imam Al-Mahdi

Imam Al-Mahdi merupakan seorang pemimpin yang bakal muncul di peringkat akhir zaman, di mana beliau akan menjadi pemimpin kepada ummah Islam dan menegakkan kembali syiar Islam di atas muka bumi ini.

Menurut Sayyid Sabiq di dalam buku karangan beliau, Akidah Islam:Pola Hidup Manusia Beriman, secara ringkasnya ciri-ciri Imam Al-Mahdi adalah seperti berikut:

- muncul di akhir zaman
-bernama Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah (menurut hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmidzi)
-beliau merupakan keturunan Rasulullah S.A.W - anak cucu daripada Fatimah, puteri baginda (hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
- akhlak dan budi pekerti beliau serupa sekali dengan akhlak Rasulullah S.A.W, tetapi bentuk fizikal beliau seperti wajah dan tubuh badan tidak menyerupai baginda (diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Saidina Ali R.A.)
- beliau akan melaksanakan keadilan dan kejujuran dalam memerintah, sedangkan sebelum beliau pemerintahan dicemari dengan penganiayaan dan kezaliman
-beliau akan menegakkan syiar Islam dan menghidupkan semula sunnah2 Rasulullah S.A.W
- beliau akan menyebarkan harta dengan merata ke seluruh rakyat tanpa dihitung-hitung. Kedudukan beliau kuat dan mantap, dan kelapangan hidup merata di zaman pimpinannya. (menurut riwayat Muslim)
- beliau akan menetap di bumi lebih daripada tujuh tahun (hadis riwayat Abu Daud)
- kemudiannya, Dajjal akan muncul, lalu Nabi Isa A.S turun semula ke bumi dan membantu Imam Al-Mahdi membunuh Dajjal. Kemudian Imam Al-Mahdi akan wafat, dan disolatkan oleh kaum Muslimin.

Pada fasa ini, agama Islam akan kembali kukuh dan syariah Islam akan dilaksanakan secara menyeluruh di atas muka bumi ini. Walaubagaimanapun, kemudiannya sesudah itu kemunduran akan berlaku kembali, umat Islam kembali berpaling daripada agama Allah. Setelah semua manusia meninggalkan ajaran Islam dan kembali kepada kesesatan, maka fasa terakhir pun akan berlangsung - hari kiamat.

1 comment:

Tenteraangin said...

salam, saya memang tertarik dengan blog cik ni. Saya berharap dapat link exchange dengan cik..

Ni blog saya

http://berkatrezeki.com/blog

kalau sudi, email la saya kat tenteraangin@gmail.com