09 August 2010

Atavism - hidup yang berpaling kembali kepada jahiliah

Pernah bila kita melihat sesuatu kejadian (tak kira lah dalam tv ke, ataupun kita melihat sendiri dalam real-life situation), maka terlintas dalam fikiran kita, "Ish, macam orang jahiliah, macam perangai orang tak bertamadun?"

Bila aku tengok kes buang bayi, kes letak kepala babi kat masjid, kes bakar rumah ibadah orang bukan Islam, manusia terkinja-kinja masa konsert aku selalu terlintas dalam fikiran pemikiran macam yang aku tulis kat atas tu. Manusia yang dah beribu tahun hidup, dah diutus 313 orang rasul, dah diturunkan kitab Zabur, Taurah, Injil, Al-Quran masih lagi berperangai macam orang zaman batu (bahkan lebih teruk lagi pun ada).

Dalam sains sosial, keadaan macam ni digelar sebagai fenomena Atavism budaya.

Antara ciri-ciri atavism ialah:

- Kecenderungan melahirkan perasaaan melalui keganasan, contoh: pengikut-pengikut Black Metal di negara Scandinavian kerap membakar gereja pada awal tahun 1990-an.

- hidup berpuak-puak, contoh: punk, skinhead

- apa-apa je perbuatan atau ciri-ciri yang menyerupai tindak-tanduk jahiliah yang sudah pun dilakukan beribu tahun dulu.

Malah di negara-negara Eropah, telah wujud gerakan neopaganism - yang menghidupkan kembali kepercayaan-kepercayaan kuno. Contoh gerakan/agama neopaganism ialah Wicca yang mengamalkan ajaran ilmu sihir.

Manusia kelihatan macam semakin celaru, kan?

Semenjak zaman Renaissance, fokus utama manusia ialah untuk mengejar kekayaan. Kehidupan beragama dipisahkan daripada aspek kehidupan yang lain. Sampai satu tahap, manusia dah berasa jelak dan merasakan merasa nilai kehidupan dah hilang - lalu menyebabkan mereka cenderung untuk kembali mengambil semula nilai kepercayaan kuno. Ini antara salah satu faktor kenapa atavism berlaku dalam masyarakat manusia sekarang.

Ada juga teori yang mengatakan, sikap oppressive golongan Gereja Kristian terhadap masyarakat menimbulkan keinginan untuk memberontak, seterusnya membawa masyarakat kembali menyanjung nilai-nilai kuno.

Sebagai orang Islam, aku percaya perkara macam ni terjadi bila manusia menggunakan manual yang salah untuk menguruskan kehidupan mereka. Manual yang terakhir diberikan kepada manusia - Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Jadi kepada umat Islam, jalan telah ditunjukkan - kalau inginkan keselamatan di dunia dan akhirat, berpegang teguh la kepada ajaran Islam yang sebenar. Di samping tu, aktiviti dakwah perlu sentiasa dijalankan, sebagai usaha untuk membawa kembali masyarakat Islam khususnya, dan seluruh masyarakat dunia agar kembali kepada fitrah yang dah ditetapkan oleh Allah buat kita.

No comments: