06 July 2010

Selain Palestin...

Alhamdulillah, umat Islam kat Malaysia ni boleh dikatakan setiap tahun teringatkan nasib rakyat Palestin, terutamanya umat Islam di sana yang setiap hari ditindas rejim Zionis.

Aku rasa kagum dengan keimanan sesetengah umat Islam Palestin. Pernah tersiar dalam tv, dokumentari berkenaaan Palestin. Sekelompok pemuda duduk mengelilingi api, memanaskan badan di sebalik latar bangunan yang musnah akibat serangan tentera israel. Lelaki2 yg memanaskan badan tersebut berbual sesama mereka, antara perkataan yang terkeluar daripada mulut salah sorang dari mereka,

"Tak mengapa, Allah akan menggantikan semua yang hilang dan musnah,"

Dalam keadaan payah diserang tentera rejim zionis mereka masih meletakkan keyakinan kepada Allah.

Selain mengingati umat Islam yg saban hari ditindas di Palestin, sama-sama lah kita doakan kesejahteraan umat-umat Islam yang lain di

Afghanistan & Iraq - yang masih dicengkam oleh USA dan sekutu laknatullahnya
Selatan Thai
Chechnya
Selatan Filipina
Bosnia-Herzegovina
dan jugak Malaysia - sebab ramai antara kita dah semakin jauh tersasar daripada landasan Islam.

Insya Allah.

2 comments:

gabanMorka said...

kadang2 orang jadi begitu angkuh, tu yg byk perang tuh

karl said...

memang dari awal lagi sebelum manusia dicipta para Malaikat lebih dulu tau, manusia ni bakal melakukan kerosakan kat atas muka bumi.

tapi penciptaan manusia la tanda keagungan Allah.

peperangan sebenarnya lanjutan daripada politik. rakyat tak pernah mahukan peperangan, pemimpin yg ego je yg nakkan perang