08 July 2010

Sajak buat Paul



Buat Paul (Makhluk Kecil Tak Bertulang)

asal mu dari lembah dataran biru
lahir mu tak bertulang
kau dikerumun mereka
yang menanti kononnya firasat mu
sedang engkau sedar
engkau bukan wali
engkau tak punya mukjizat
bukan kasyaf kurnia Maha Esa

sudah tertulis takdir mu
mereka berkata engkau menjangka
sedang engkau tau
itu Tuhan punya kuasa

kalahlah akhirnya progeni sang tukang besi
pada penakluk Al-Andalus
di medan piala dunia
bagaimanakah nasib mu Paul
tercincangkah tentakel mu nanti
adakah bakal bertemu kicap
atau bersalut tepung
akan berendamkah jasad mu dalam minyak panas
oh Paul
nasib mu kini
di tangan yang Maha Kuasa

4 comments:

xazryx said...

haha .bagus la sajak nih .cilaka sotong ni .sbb dia kot germany mng .adoi .

MaryamJamilah said...

Dulu tahun 2008 dier salah predict German menang. last2 kalah. tak kene cincang pun. jangan risau. panjang umur paul ni. :p

Anonymous said...

huhu...tk lalu mkn sotong da pasni...hehehe

karl said...

xazryx: kebetulan time tu ade ilham, tulis terus la..hahaha

Yam: cuba check kartun Ragam kat Berita Minggu..hahaha

Anon: nape pulak, sotong best ape..nak pulak yg celup tepung, hehe