22 July 2010

Durian



"Apa nasihat awak sebagai ahli farmasi, kepada penduduk Raub yang suka makan durian?" tanya Mr Chan Ah Loon, panel penemuduga SPA masa sesi interview 3 bulan lepas.

Terpaksa la aku senyum. Aiseh, camne lak leh keluar soalan durian ni..memang la tempat asal aku famous pasal durian, tapi medical advice pasal durian? Goreng jela..

"Tentang durian, saya akan nasihatkan mereka, boleh kalau nak makan durian, tak ada masaah tapi jangan makan terlalu banyak sebab isi durian mengandungi lemak dan gula (damn, should use carbohydrate), jadi kalau dimakan berlebihan nanti kemungkinan dapat masalah kesihatan," jawab sambil senyum.

Rasanya dalam hidup aku, masa interview tu la aku paling banyak senyum.

Semalam masa makan durian, teringat pulak pasal soalan interview tu. Hehe.

5 comments:

Tn.Punya said...

aku tengah tungu gaji je ni.. nak g makan durian puas2..heheh

Mah@mahu said...

ehh aku pun tgh tunggu gaji nak ge serbu kedai durian makn puas2.. aku memang hantu durian ni wakkakaka..

karl said...

Tn.Punya & Maha@mahu: jangan makan banyak sangat, nanti panas badan, hehe

diyah_Noh said...

aku tahap kempunan nak makan durian...pergi beli yg dah packet kat Jusco ari tu ..dapat la 5 ulas =P

karl said...

naoh, aku rasa sepanjang tahun lepas tiap2 hari time aku lalu jln masuk ke area puncak alam tu ade je lori jual durian..dah takde ke?