24 July 2010

Betapa ignorance nya mereka

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam untuk mencari punca kenapa ia berlaku.(berita harian)

Buat YB Mashitah.

Anda tahu tak berapa banyak kelab malam yang beroperasi di Kuala Lumpur, Ipoh, Penang, JB, Kuantan, Seremban?

Anda tahu berapa ramai remaja merempit, jadi bohsia dan bohjan? Anda tau tak ramai yang jahanam macam tu semuanya orang Melayu?

Anda tahu tak ada lagu berunsur seks bebas bersiaran di radio?

Anda tahu tak berapa ramai anak muda yang beercouple sejak umur sekolah rendah?

Anda tahu tak beramai ramai perempuan yg pakai tudung tapi tonjolkan dada, punggung dan sanggul?

Anda tahu tak berapa ramai anak muda yang kerja kilang, kerja kat kedai, kerja kat hypermarket yg nak kahwin tapi sering terhimpit dek kesempitan duit, sebab perbelanjaan dan gaji seimbang sekadar cukup untuk menyumbat tembolok dorang?

Anda tahu tak berapa ramai anak muda yang tak tahu mandi hadas, tak tahu cara bersolat, tak tahu baca Al-Quran walaupun dah habis sekolah menengah?

Anda tahu tak lelaki & perempuan dari dulu lagi di Chow Kit, di Lorong haji Taib, tak ubah macam ayam panggang, boleh dibeli diratah?

Anda tahu tak?

Malangnya kalau anda tahu tapi buat2 tak tahu. Atau anda tidak tahu kerana anda selama ini tak cuba nak mengambil tahu.

Malang sungguh. Percayalah. Semoga Allah mengampunkan kita di hari pembalasan kelak.

2 comments:

kyo_9 said...

huhu.. semoga kita semua boleh saling ingat-mengingat antara satu sama lain tanpa terlalu mengharapkan kerajaan sahaja..

karl said...

kyo_9, tanggungjawab dakwah memang tugas individu, tak dinafikan.

aku cuma rasa kesal bila dia keluarkan statement macam ni. rupanya terasing sungguh dunia kehidupan pemimpin dan rakyat ni rupanya.