18 June 2010

Suppressor dan peluru subsonik

Bagi mereka yang dah biasa bermain permainan video tembak-menembak macam Counterstrike, Call Of Duty dan sebagainya, dalam permainan video tu selalunya akan terdapat pelbagai jenis senjata, termasuklah yang dilengkapi dengan suppressor atau silencer. Kebiasaannya, pemain akan diberikan gambaran bahawa bila senjata (pistol, submesingan, rifle) menggunakan suppressor atau silencer, bunyi tembakan akan menjadi teramat perlahan sampai orang tak berapa perasan atau dengar.




Sebenarnya, penggunaan suppressor untuk senjata tempur jarak dekat macam pistol, submesingan dan assault rifle tak berapa sesuai pun dari segi taktikal (pendapat aku). Sebab tak ada suppressor yang boleh menghilangkan bunyi tembakan secara total, dan kalau mengikut data-data kajian pun paling rendah bunyi yang boleh dihasilkan bila menggunakan suppressor ialah 117 dB. Bunyi tembakan suppressor masih boleh dikesan oleh orang-orang yang berpengalaman, jadi tak sesuai nak gunakan suppressor kalau betul2 nak jalankan stealth mission. Suppressor lebih sesuai dipasang pada rifle penembak hendap, sebab dengan mengurangkan bunyi dan ditambah dengan taktik penyembunyian yang bagus, penembak hendap lebih sukar untuk dikesan.

Baiklah, kita cerita pasal peluru subsonik. Peluru subsonik kalau nak ikut senang cerita, peluru yang bila ditembak, halaju peluru tersebut lebih rendah daripada halaju bunyi (< 330 m/s). Penggunaan subsonic bullet nih bertujuan sama seperti silencer, untuk mengurangkan bunyi tembakan dan juga sonic boom (gelombang kejutan yang terhasil daripada letupan). Bila digabungkan dengan suppressor, bunyi tembakan daripada senjata dapat dikurangkan sehingga ke tahap dalam lingkungan 130 - 140 dB.

Walaupun dapat mengurangkan bunyi tembakan, peluru subsonik mempunyai kelajuan yang rendah, jadi ketepatan dan jarak efektif untuk tembakan akan berkurang. Oleh itu, suppressor dan peluru subsonik sesuai digunakan untuk operasi ketenteraan di tempat-tempat sepit dan kecil spt dalam bangunan dan  kapal terbang.

2 comments:

Kie-yu said...

nak order 1 leh?
hehe

saye ade dpt email yg mengatakan singapore tlg sponsor rifle utk israel
hampeh!

karl said...

Kie-yu, angkatan tentera Singapore dulu pun dibentuk oleh israel. sekumpulan pakar ketenteraan israel yg digelar sebagai Mexican dijemput oleh Lee Kuan Yew utk provide latihan kpd tentera singapore. tak hairanlah kalau singapore tolong israel.