20 June 2010

Polypharmacy

Pernah tak korang pergi klinik, untuk sakit demam panas contohnya, kemudian bila dapat ubat, tengok-tengok sampai dua atau tiga jenis ubat yang berlabel "demam", lepas tu dua tiga ubat lagi yang berlabel "selsema" atau "antibiotik"?

Ataupun pernah tak jumpa sesiapa je, sama ada keluarga/kawan2 yang terpaksa makan ubat sampai 10-12 jenis ubat sehari?

Situasi di atas dikenali sebagai polypharmacy.

Polypharmacy berlaku bila perkara-perkara berikut terjadi pada seseorang mengambil terlalu banyak jenis ubat sedangkan ada sesetengah ubat tak diperlukan pun untuk penyakit tersebut. Sebagai contoh, pesakit diberikan lisinopril dan captopril serentak untuk merawat tekanan darah tinggi, sedangkan kedua-dua jenis ubat tu mempunyai mekanisma tindakan yg sama jadi tak signifikan untuk bagi dua-dua jenis ubat sekaligus. Atau pesakit menghidap demam, tapi dia diberikan panadol dan nurofen sedangkan kedua-duanya ubat demam, bagi satu pun dah cukup.

Antara perkara yang menyumbang kepada polypharmacy:

- bila seseorang individu suka mengambil nutrient dan supplement tambahan macam vitamin, ubat-ubatan over-the-counter (ubat-ubat yg boleh dibeli kat kedai/farmasi tanpa perlu preskripsi doktor macam ubat demam, ubat batuk). Macam-macam jenis makanan tambahan, vitamin, herba semua tibai. Jadi berlambak lah pil yg kena makan tiap-tiap hari

- bila pesakit berjumpa dengan lebih daripada seorang doktor untuk merawat penyakit beliau. Biasalah, kdg2 bila jumpa doktor A tak sembuh, pergi klinik lain jumpa doktor B. Ubat doktor A bagi belum habis, dapat pulak ubat baru yang doktor B bagi. Pastu makan pulak kesemua ubat yang doktor A & B bagi.

- kadang-kadang memang tak boleh elak, bila keadaan pesakit memang memerlukan doktor untuk bagi lebih daripada satu jenis ubat untuk kawal penyakit. Contohnya, lisinopril dan valsartan, dua-dua ubat untuk kawal hypertension tapi disebabkan keadaan buah pinggang pesakit tak berapa elok, doktor pun bagi la dua-dua jenis ubat tu untuk turunkan tahap tekanan darah ke tahap optimum.

- kadang-kadang doktor atau ahli farmasi saje nak buat untung lebih, bagi sampai 2-3 jenis ubat sedangkan satu pun cukup dah.

Bila polypharmacy terjadi, kesannya:

- pesakit mudah terdedah kepada risiko untuk mengalami pelbagai jenis kesan sampingan, interaksi antara ubatan dan kesan toksik akibat pengambilan pelbagai jenis ubat

- pesakit akan merasa malas untuk makan ubat - tiap-tiap hari makan sampai 12 butir tablet, lama-lama gerenti fed up gak

Jadi sebagai pengguna, anda patut:

- tanya doktor atau ahli farmasi, kegunaan setiap jenis ubat yang anda dapat. kalau sampai ada 2-3 jenis ubat yg berlainan tapi untuk sakit yg sama, tanya dorang kenapa sampai nak kena ambik banyak2. kadang2 ada sebab dorang bagi sampai 2-3 jenis tapi sebab yang diberikan mesti lah reasonable (e.g berdasarkan kajian, kadar penyembuhan penyakit lebih cepat dan berkesan kalau ambil  lebih dari satu jenis)

- kalau anda berjumpa dengan doktor lain selepas mendapatkan rawatan di klinik lain, sila bagi tau doktor tu ubat ape yang anda dah makan sebelum tu. Kalau doktor baru tu bagi ubat-ubatan baru pulak, ubat lama tak payah makan dah kecuali kalau doktor kata boleh continue ubat yang sebelum tu.

- pastikan sebelum mengambil makanan tambahan/vitamin/herba, dapatkan khidmat nasihat doktor @ ahli farmasi, patut ke @ sesuai tak untuk ambil pelbagai jenis makanan tambahan/vitamin/herba. Selalunya tak perlu lah beli asing-asing vitamin-vitamin tu, beli je multivitamin yang combine pelbagai jenis vitamin so tak la berlambak pil kena telan. Herba-herba/makanan tambahan pun tak sepatutnya diambil secara berlebihan, sebab apa-apa pun benda kalau dimakan melampau-lampau banyak akan jadi racun jugak akhirnya.

Okeh, kalau ade apa-apa nak tanya, silakan bertanya kepada doktor @ ahli farmasi bertauliah. TQ. (Boss)

2 comments:

r-mean said...

thanks for the info

karl said...

r-mean: welcome, and thanks for visiting