07 June 2010

Membezakan antara kesyukuran dan kritikan

Mungkin agak pelik bila kesyukuran dibandingkan dengan kritikan, kan?

Jadi macam ni lah. Katakan anda seorang pelanggan bank. Anda nak tunaikan cek bayaran anda, lepas tu pegawai bank pun bagitau anda, "5 hari bekerja baru boleh clear encik,"

Anda pun bercakap, "Eh, lambatnya! Apa kata awak clearkan check ni dalam tempoh 2 hari je? Kebanyakan bank lain dalam tempoh 2-3 hari jek"

Pegawai bank membalas, "Kami ada prosedur bla bla bla jadi kami perlukan 5 hari,"

Anda balas balik, "Perbaiki lah prosedur tu, supaya check boleh clear dalam tempoh 2-3 hari je,"

Pegawai bank dengan sinis bercakap, "Encik ni patut berSYUKUR. Zaman dulu sampai 30 hari bla bla bla demi kebajikan bla bla bla. Kalau encik rasa khidmat kami tak memuaskan, maka encik silalah gunakan khidmat bank lain"

Anda nampak tak disini?


Bersyukur beerti berterima kasih di atas rahmat, anugerah, atau pemberian daripada Allah (kepada Tuhan bagi orang yang tak percaya pada Allah).

Jadi bila orang berkata yang orang lain tak bersyukur di atas jasa dan khidmat yang dorang dah bagi, mungkin kita boleh tanya: korang ni sape, Tuhan ke?

Baiklah, jangan buat macam tu, tak baik. Ini perkara sebenar yang aku nak cakap sebenarnya. Dalam situasi kat atas, seorang pelanggan bank dah mengkritik perkhidmatan perbankan yang dia rasakan perlu diperbaiki. Teguran yang dibuat tu, pertama sekali untuk memberitahu pegawai bank, sila tingkatkan kualiti perkhidmatan anda, supaya urusan saya lebih mudah.

Adakah pihak bank akan mengalami kerugian kalau dorang baiki perkhidmatan dorang? Aku tak rasa dorang akan rugi. Sebaliknya, dengan meningkatkan mutu perkhidmatan, pelanggan akan semakin percaya kepada mereka, dan pelanggan yang berpotensi akan tertarik untuk menggunakan khidmat mereka.

Perlu ke kritikan dibalas dengan jawapan, "Anda patut bersyukur..", atau "..keadaan di tempat lain lebih teruk, anda ni tak bersyukur" dan segala macam lagi ayat yang menggunakan kalimah syukur?

Jawapan yang memanipulasi kalimah syukur ni, maaflah, pada aku, merupakan jawapan daripada manusia yang bacul, yang sengaja nak menutup kelemahan supaya mereka tak perlu berubah.

Bila orang mengkritik, cubalah fikir, betul ke tak kritikan tu? Apa inisiatif yang boleh diambil untuk memperbaiki keadaan supaya kritikan tu akan berubah menjadi pujian. Kan lebih baik kalau macam tu? Itu lebih baik daripada menuduh pengkritik sebagai orang yang tak bersyukur dan lepas tu, orang yang dikritik, meneruskan rutin keadaan yang tak menyenangkan. Lebih teruk lagi bila keluar cadangan seperti tukar bank lain la, buat ape guna khidmat kami..ape punya perangai ni? Nasib baik dorang guna khidmat korang, kalau korang takde pelanggan, korang ingat korang boleh stay kerja kat sini?

So, fikir-fikir la, ape aku tulis ni betul ke tak. Kalau tak betul, kat ruang komen tu boleh letakkan pembetulan. (Boss)

* Situasi di bank tu contoh sahaja. Anda boleh gantikan "bank" dengan institusi-institusi lain seperti pejabat pos, pejabat kolej kediaman, HEP universiti, kedai mamak dan apa-apa jugak jenis perkhidmatan kat atas muka bumi ni.

1 comment:

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

huhu,menarik tajuk comparison nih...suka2...