24 June 2010

Memahami tanggungjawab sebagai suami dari sudut pandangan Islam

Suami merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang menjadi pasangan hidup kepada seorang @ lebih perempuan, yang dinikahi secara sah. Suami dan isteri merupakan unit paling asas dalam pembentukan sebuah keluarga.

Dalam sebuah buku tulisan Ustaz Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen, Indahnya Hidup Bersyariat, telah ditulis bahawa suami bertindak sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan juga anak-anaknya. Antara tanggungjawab suami kepada keluarga ialah:

- memberi sara hidup kepada isteri (makanan, tempat tinggal, pakaian dan kemudahan2 lain)

- memberi nafkah batin kepada isteri

- menyara anak-anak

-melindungi keselamatan dan kesihatan kesemua ahli keluarga

-melindungi maruah keluarga dan harta benda

-memberikan didikan dan tunjuk ajar dari segi agama serta membimbing isteri menuju keredhaan Allah

-mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka memperoleh pendidikan Islam yang sempurna

-menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak, dan juga orang-orang sekeliling (e.g jiran tetangga)

Penting untuk para suami memahami tanggungjawab-tanggungjawab dorang, sebab bila tanggungjawab2 di atas tak difahami, jadi perkara2 tersebut akan diabaikan lalu tak dilaksanakan. Bila tanggungjawab dah diabaikan, keadaan keluarga akan menjadi kucar-kacir.

Masa aku sekolah dulu, pernah seorang ustaz menceritakan macam mana keadaan waktu tu, ramai ayah yang baru mendapat anak, mengupah orang lain untuk mengazankan dan mengiqamahkan anak yg baru lahir. Sedangkan tentulah lagi afdal kalau si ayah sendiri mengazankan anak dorang, dan melaungkan azan & iqamah ni perkara basic dalam Islam, tapi ada juga orang tak mampu nak buat. Selalu jugak keluar dalam surat khabar, suami dera isteri dan anak-anak, lebih malang lagi bila ada yang sampai merogol,meliwat anak sendiri. Bukan saja perbuatan ni tak bertanggungjawab, malah menzalimi ahli keluarga sendiri. Belum lagi cerita pasal yang berhutang dengan ah long pastu lari tinggalkan keluarga, harapkan isteri tanggung keluarga. Perbuatan-perbuatan macam ni tak sepatutnya berlaku sebab benda macam ni mencemarkan imej suami & jugak imej kaum lelaki, sampai menyebabkan golongan perempuan menganggap lekeh institusi kekeluargaan. Akibatnya, membawa kepada masalah sosial yang lain pulak la, bersekedudukan, perempuan simpanan..satu perkara membawa kepada perkara yang lain, macam teori domino.

Jadi kepada suami-suami yang terbaca posting ni, laksanakanlah tanggungjawab anda sebaik mungkin, sebab anda jugak yg kena menjawab semua persoalan berkaitan tanggungjawab2 tu di akhirat kelak.

No comments: