15 June 2010

Huh!!!

tengah sibuk-sibuk orang bercerita pasal subsidi, kalau tak tarik subsidi nanti negara bankrap..tahun depan pulak biasiswa pengajian luar negara dah nak ditarik balik..boleh pulak keluar pulak berita camni? bina istana RM 0.8 billion..baguslah

 

Kos pembinaan Istana Negara kini RM800 juta

14/06/2010 7:40pm

KUALA LUMPUR 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata, pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

"Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini. - Bernama

2 comments:

Nur'Ain Illiyana said...

buang duit n menyusahkan rakyat je!!!
huhuhu...

karl said...

Nur'Ain: Malaysia ni kalau diuruskan dengan lebih baik, mungkin dah setanding Singapura dah sekarang. Tak salah nak bina istana sampai belanja camni, tapi biarlah semua rakyat dah hidup mewah, takpela. bayangkan ada keluarga yg masih makan sekali sehari, tapi duit yg ada digunakan ke jalan macam ni?