20 June 2010

Housewife

Kalaulah diberi peluang untuk berkeluarga satu masa nanti, aku berharap sangat isteri aku jadi housewife.

Tapi zaman sekarang mana ada orang perempuan nak jadi housewife. Housewife pada zaman sekarang dianggap lekeh, cuma sesuai untuk orang yang tak belajar tinggi dan cita-cita yang sangat tak rock. Orang berlumba nak kerja best2, tiba-tiba ko nak jadi surirumah. Baek takyah sekolah, kan2?

nak buat macam mana? Kehendak zaman sekarang banyak berkiblatkan duit. Nak bayar ansuran rumah, kereta perlukan duit. Nak makan kena ada duit. Nak bayar yuran sekolah anak-anak, nak bayar bil, semua kena pakai duit. Kalau tak kerja, takde duit. Kalau takde duit, kurang pendapatan, susah la nak cope dengan segala jenis kehendak diri.

Dan kita semua, baik lelaki atau perempuan dah dididik sejak kecil -- pasang cita-cita, dah besar nanti nak jadi apa. Doktor, peguam, engineer, akauntan. Housewife bukan cita-cita.

Apa pentingnya housewife ni?

Senang je. Bila ada ibu kat rumah, lebih banyak masa anak-anak dapat berinteraksi dengan ibu mereka. Boleh mintak tolong ibu dorang ajar kerja sekolah. Makan pakai anak-anak terurus, kalau anak-anak ada masalah ade orang kat rumah untuk mengadu dan meminta bimbingan. Jadi anak-anak tak rasa terabai, dan dorang tak perlu beralih kepada kawan-kawan atau benda-benda seperti dadah, gam, rokok dsb untuk release tension dorang.

Aku tak bermaksud nak cakap keluarga yang takde housewife tak sebagus keluarga yang ada housewife. Sebab banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kejayaan sesebuah institusi keluarga -- didikan agama, kewangan dsb. Tapi sekurang-kurangnya bila ibu jadi housewife, tindakan tu pun merupakan usaha untuk menjadikan keluarga tu berjaya. Tinggal lagi lepas berusaha, bergantung atas perkenan Allah pulak nak tentukan macam mana nasib keluarga tu seterusnya.

Jadi bila memikirkan angan-angan nak beristerikan housewife, aku teringat lirik lagu Hati Emas dendangan kumpulan Kembara.

Mungkin selamanya...takkan aku temui..

7 comments:

Loyar Lawa said...

kalaola diberikan pilihan sye pon nk jdi housewife je... tp apakan daya... bknnye x nk jdi housewife kbnykn perempuan neyh tp atas bbrpa fakto menyebbkn perempuan perlu beljar tgi2 dn bekerja. faktor kesusahan hidup, so perempuan neyh nk ubah la family dy, fktor utk berdikari sb lelaki skrng bkn leh caya silap hri bulan dcraikan isteri tueh, jadi kalo bekerja xdelah dy nk kesah ngat. sb skrng mereka rse sprt x boleh bergntung pd lelaki. jaoh d sudut hati wanita mereka semua nak jadi surirumahtga je, buat ap la nk penat2 keja kan...haihhhhhh(ohhh over plak)

karl said...

Loyar Lawa: yelah. keadaan sekarang sangat tak favour orang perempuan untuk memilih jadi surirumah.

diyah_Noh said...

Ibuku dulu kerja sekejap je....ada la beberapa bulan..Then, atas arahan ayah, selepas berkahwin..ayah larang ibuku bekerja...dia suruh ibuku jd suri rumah sepenuh masa je....sampai lah sekarang...Ibuku berkhidmat untuk rumah,anak-anak dan suami =)

karl said...

Naoh: u're very lucky :)

tutttutt said...

er. aku bila besar nanti nak je jadi housewife. tahlah, rasa bukan perempuan sejati kalau tak jadi housewife. mak aku juge housewife, dia yang ajar aku mengaji baca hisab semua masa umur 3 tahun.

aku impress ngan mak aku. sebab tu aku nak jadi macam dia. tak kesahlah belajar tinggi pun, sijil nanti letakla kat dalam frame. har har.

sangat mulia aku rasa makmak yang jadi housewife ni. korbankan minat sendiri, korbankan hidup sendiri, korbankan susah payah belajar, semata-mata untuk jaga anak jaga suami. kan lebih hebat tu.

masalahnye sekarang ni, betulla macam kau cakap, manusia hidup berkiblatkan duit. kalau suami je bekerja, mana nak cukup kan?

kesimpulannya aku kene cari laki kaya ni. hm, baru bole jadi housewife. heheh.

MAMA AIZARA said...

rasenya rmai pempuan nak jdi housewife terutama apabila dah ada anak. Cam akak amik cuti dua bulan tanpa gaji sbb nk jaga anak. tapi memandangkan ekonomi tak stabil kenala smbung keje balik. Kaum lelaki kena kukuhkan ekonomi sekukuh2nya baru la isteri boleh jadi housewife sepenuh masa.

karl said...

tuttutt: tapi kalau nak fikir balik, kalau dua2 suami isteri kerja pun, tetap tak cukup duit jugak. bila pendapatan keluarga rm4000, cara berbelanja pun cara org bergaji rm4000. kalau gaji rm40000, kita akan berbelanja cara orang gaji rm 40000. so walau cmne pun memang xkan cukup

Kak Mama Aizara: macam bidang saya ni, klau kerja gov nak tunggu kewangan kukuh kena tunggu gred U48 la kot = 7-8 tahun lg. kalau camtu sy kne kawen umur 31 la kot, baru isteri sggup jd housewife..:P