20 June 2010

cuci pinggan dan dosa-dosa manusia

Kat rumah aku, pinggan-pinggan kotor akan tiap-tiap hari ada kat dalam sinki. Dengan populasi rumah seramai 8 orang (6 laki + 2 perempuan), maka jumlah pinggan mangkuk dan cawan kotor agak memberangsangkan.

Kotoran-kotoran yang ada kat pinggan mangkuk cawan kat rumah aku terdiri daripada pelbagai jenis: sisa tulang ikan/ayam, gulai lemak, minyak, kicap, sos, cawan bersisa air Milo @ Nescafe, tulang ikan hancur yang dikunyah2 & diludah atas pinggan, lada, dan segala macam bakteria. Kalau kotoran-kotoran ni tak dibersihkan secepat mungkin (dibiar sampai 3-4 hari), segala perkakas makan yang dicemari dengan kotoran tu akan melekat dan semakin susah ditanggalkan, bau busuk hasil pereputan sisa organik akan terhasil dan ulat-ulat berenga akan berkeliaran kat atas sinki. Jadi, semenjak aku menganggur tunggu keputusan final exam ni aku sedaya upaya pastikan pinggan mangkuk dan segala perkakas dapur kat rumah aku ni sentiasa dicuci, walaupun mungkin sampai 2-3 kali sehari.

Masa aku cuci pinggan mangkuk tadi aku berfikir, patutlah manusia sentiasa disuruh bertaubat, memohon ampun kepada Allah walaupun kita berasa tak pernah melakukan apa-apa dosa. Sebab manusia samalah jugak macam pinggan mangkuk yang selalu digunakan kat rumah.

...... (mungkin korang rasa aku melampau bila samakan manusia dengan mangkuk) .......

Baiklah, cuba bandingkan mulut, tangan, lidah dan segala organ-organ & tubuh badan kita seperti perkakas makanan. Hari-hari kita gunakan tangan, mulut, lidah, mata, telinga kita untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian. Ada orang gunakan tangan untuk ambik upah bawak lori, ada yang gunakan mulut dan lidah untuk berbual dengan kawan-kawan, bertanya soalan kepada orang lain, jugak mencari rezeki dengan mulut dan lidah (e.g DJ radio). Sama seperti pinggan dan mangkuk yang digunakan hari-hari untuk menadah makanan, camtu jugak la dengan tubuh badan kita.

Jadi, kat sini aku nak tanya. Dalam sehari, berapa kali kita gunakan tangan kita untuk ambil barang orang tanpa kebenaran (e.g ambik & guna pen, stapler member sepejabat tanpa mintak izin)? atau berapa kali kita mengumpat orang, atau ter"curse" orang? berapa kali kita skodeng body minah cun/balak hensem dgn menggunakan mata kita? Pernah tak kita rasa berat je kaki kita nak pergi masjid, tapi rasa ringan je time nak pergi konsert Jom Heboh atau kiub karaoke?

Sama ada sedar tau tak, aku gerenti kita semua mesti pernah salah gunakan nikmat anggota badan yang Allah bagi pada kita. Kita salahgunakan tangan dan kaki kita, sedangkan ada orang dilahirkan kudung, tak dapat pun rasa nikmat tu. Kita salahgunakan mata kita, sedangkan ada orang tak pernah melihat disebabkan buta. Kita salahgunakan mulut, sedangkan ada orang tak mampu bercakap sebab bisu.

Tiap-tiap kali kita salah gunakan nikmat yang dah diberi, maka kita dah buat dosa. Kita dah cemarkan anggota tubuh kita dengan daki dan kekotoran dosa.

Sama-sama lah kita muhasabah dan renung balik diri kita dalam cermin. Kalau terasa banyak kesilapan dah dibuat, pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke halkum dan selagi matahari belum terbit dari barat.

4 comments:

tutttutt said...

wah, simbolik yang best.

hm betul tu. memang kita tak perasankan pasal dosa? kadang-kadang rasa alaa, dosa kecik je. kadang-kadang taktau pun benda tu dosa.

biasenya, kita mesti buat dosa walaupun tak sedar kan. memang takleh missla mintak hapus dosa tiap2 kali solat. hm.

princeduyong said...

muhasabah diri....

Kie-yu said...

menarik & mendalam mksudnya
meh kita sama2 meningkatkan peribadi mulia ;)

karl said...

tutttutt: Manusia biasa memang takkan terlepas daripada buat dosa. Yang penting bila kita dah sedar, kena bertaubat dan tak ulang lagi.

princeduyong: Insya Allah..saya tulis pun sebagai ingatan kpd diri saya jugak

Kie-yu: Insya Allah :)