27 June 2010

Countdown sebelum 2020: Analisis ringkas

Kalau tak kerana Wawasan 2020 yang diinspirasikan oleh Tun Dr Mahathir tahun 1991 dulu, rasanya tahun 2020 yang akan datang dalam tempoh lebih kurang 10 tahun lagi tak akan ade sape yang kisah, melainkan pasangan yang nak kahwin pada tarikh 2/2/2020 atau 20/2/2020.

Malas nak cerita panjang, cukuplah aku tulis ringkas je.Wawasan 2020 ni merupakan cita-cita negara, atau mungkin cita-cita Tun Mahathir sorang untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut. Dan kononnya untuk menjadi negara maju, Malaysia kena mengatasi sembilan cabaran. Begitulah ceritanya, dan camtu jugak la akan aku ceritakan pada anak cucu aku kalau aku ade anak cucu nanti, kalau dorang tanya amenda Wawasan 2020 tu.

Masa aku sekolah dulu, pernah cikgu keluarkan soalan karangan: Bayangkan/gambarkan keadaan sistem pengangkutan awam pada 2020 nanti. Waktu tu tahun 1999. Macam-macam la idea keluar, kereta terbang la, kereta api laju la, cuma teleport jek takde sape terfikir sebab budak kampung, takde yang pernah tengok Star Wars.

Sekarang dah tahun 2010. Tak dinafikan sistem pengangkutan awam dah banyak berubah. Kalau kat KL dulu pakai bas mini, pastu Intra Kota, bangkrap Intra Kota sekarang Rapid KL. Dah ada komuter, dah ade LRT, monorail. Dah berubah, dan lebih bagus daripada dulu. Tapi malangnya tak sebagus macam kat negara maju lagi. Monorail, LRT, komuter sesak memanjang. Jalan raya selalu sesak, jadi bas pun susah nak ikut time. Dan agak malang bagi orang kat kampung aku, terutamanya golongan tua yang hayatnya tak pernah jejak kaki kat KL, sebab monorail, LRT, komuter yang canggih-canggih tu ade kat KL je. Aku ni kira bertuah la sebab berjaya further study kat luar dari kampung, dapat jugak tengok2 macam mana majunya KL ni..bersyukurlah (bersyukurlah, itulah pesan mana-mana kakitangan univ @ MPP pro mahasiswa tiap kali ade orang komplen ape-ape hal)

Dan sekarang tahun 2010 Malaysia dah jadi macam pusat berkumpul segala makhluk dari segala pelusuk planet ni. Berjalan sikit kat KL, kau boleh jumpa negro, indon, myanmar, nepal, caucasian, latin..macam2 ada. Semua yang datang tu ade passport ke? Sila tanya Menteri Dalam Negeri negara anda.

Harga barang pulak macam biasa,ditentukan oleh golongan pemodal dan jugak permintaan. Wujud Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, tugas dorang memantau harga. Memantau harga jela, kalau harga naik bukan dorang boleh bagi turun pun, dorang pantau je. Kalau harga gula naik, kurangkan pengambilan gula. Kalau harga daging naik, jangan makan daging, makan ikan. Kalau harga beras naik, kurangkan makan beras. Dan begitulah saranan kementerian tiap kali ada barang naik.

Gaji minimum? Aku pernah nampak iklan gaji > RM450 sebulan untuk jawatan pembantu kedai. Aku tertanya-tanya ade ke orang mampu hidup RM15 sehari zaman sekarang ni, nak pulak kalau yang dah berkeluarga. Gaji pekerjaan profesional lebih bernasib baik, dalam lingkungan RM 3000 - RM 17 000. Tapi harga rumah zaman sekarang, kalau nak dapat yang selesa kurang-kurang RM 200k. Harga kereta, RM 40k - RM 80k (yg sederhana). Jadi kalau bergaji RM 4000k, tolak bayar ansuran rumah, ansuran kereta, potong KWSP, dan segala macam bil..yang tinggal dalam poket mungkin cukup2 nak makan je.

Kat tv sekarang penuh dengan rancangan hiburan. Pagi kartun, tengah hari sikit sinetron/drama, malam drama, dan macam tu la seesokan harinya. Hujung minggu mungkin lain sikit, ade rancangan Mentor. Kalau kat Israel, benda yang paling banyak tayang kat tv ada dua je: yang berunsur pendidikan (mungkin Nat Geo, Discovery, tah la aku tak pernah pergi sana tapi patut rancangan yg lebih kurang macam tu la) dan juga rancangan makanan. Orang Yahudi percaya pendidikan dan makanan dua perkara yang penting untuk menjadikan minda dorang cerdas, jadi dorang boleh jadi maju ke depan dan meyembelih Goyyim yang bertebaran di atas muka bumi ni.

Politik. Lagi la letih. Dalam surat khabar kerajaan kutuk pembangkang, surat khabar pembangkang kutuk kerajaan. Dalam parlimen ahli parlimen kerajaan pembangkang bertekak, tapi kat luar dewan elok je bergurau, minum kopi semeja. Yang jadi penyokong, kadang2 pasal politik sampai pulau kenduri, pulau masjid. Bodoh.

Sistem pendidikan? Daripada tahun 1982 sampai sekarang pakai KBSR. Objektif belajar sekolah rendah, kalau pandai membaca, menulis, mengira tu kira berjaya la tu. Sedih jugak sebab fikir balik, apa beza zaman kena jajah dengan zaman sekarang, kalau budak datang ke sekolah semata-mata nak belajar membaca, menulis, mengira..rasanya kebanyakan mak ayah zaman sekarang dorang pun boleh ajar tiga benda asas tu. Pastu KBSM dengan tujuan lulus SPM supaya senang mintak masuk univ, atau mohon biasiswa. Nak jadi negara maju tapi sistem pendidikan macam tu. Tak tau nak kata apa. Univ yang masuk ranking dunia, ada la 4-5 buah. No 169, no 200 lebih, no 300 lebih..

Layak tak layak nak jadi negara maju? Lebih kurang 10 tahun lagi nak baiki keadaan. Tapi sama ada layak ke tak tu bukan isu. Apa-apa hal pun 2020 nanti Malaysia tetap akan diisytihar sebagai negara maju. Persetan sistem pendidikan, keadaan sosio-ekonomi atau sembilan cabaran. Isytihar jela, ape pedulik, kan?

Malaysia Boleh. Sekian.

No comments: