24 June 2010

Bahan letupan C4



C4 merupakan bahan letupan yang boleh dikatakan popular di Malaysia selepas kes pembunuhan Altantuya kira-kira 4 tahun lalu. C4 bukanlah satu bahan kimia letupan tunggal seperti TNT atau RDX, sebaliknya C4 merupakan campuran yang terdiri daripada 91% RDX (Cyclotrimethylenetrinitramine), 5.3% dioctyl sebacate, 2.1% polyisobutylene dan 1.6% SAE 10 (minyak pelincir). Kekuatan letupan C4 dianggarkan bersamaan 1.34 kali kekuatan TNT.

Bila ada C4, dah tentulah ada C, C2 dan C3. Kesemua jenis campuran tersebut (C, C2, C3) pernah digunakan sebagai bahan letupan, tetapi disebabkan masalah teknikal seperti daya ketahanan dan toleransi terhadap suhu, tahap toksik dan kestabilan, akhirnya C4 dianggap sebagai bahan letupan yang paling sesuai berbanding campuran-campuran sebelumnya.

C4 mempunyai beberapa keistimewaan seperti:

-mudah dibentuk mengikut kesesuaian kerana sifat mudah lentur, jadi boleh dimasukkan ke celah-celah ruang yang sempit, ke dalam jentera, ruang jambatan dan sebagainya

-toleransi terhadap suhu yang dingin

-stabil, tahan gegaran

-sukar dikesan oleh alat pengesan sinar-X

C4 sesuai digunakan untuk memecahkan halangan seperti dinding dan juga untuk meletupkan struktur yang besar deperti tiang dan alang bangunan jadi agak keterlaluan bila digunakan untuk meletupkan manusia. Penggunaan C4 adalah meluas di kalangan pasukan tentera dan juga pasukan taktikal dalam operasi-operasi mereka,

No comments: