05 May 2010

Universiti oh universiti

Universiti, secara ringkasnya, tempat menuntut dan berkembangnya ilmu. Nampak kan? Ada dua fungsi, satu sebagai tempat nak belajar: belajar ilmu perubatan, kemanusiaan, sains, teknologi. Satu lagi sebagai tempat berkembangnya ilmu, maksudnya akan sentiasa ada pertambahan dalam ilmu sesuatu bidang kat universiti tu. Contoh kalau sesebuah universiti tu mengajar mahasiswa perubatan, kalau tahun ni dorang mampu atau ada kepakaran nak pindahkan jantung pesakit, at least sekurang-kurangnya 5,6 tahun nanti dah ada pulak kepakaran nak pindahkan paru-paru pulak. Atau kalau sesebuah universiti mengajar engineering, kalau kebiasaannya orang buat jambatan pakai konkrit 5 bulan, dalam tempoh beberapa tahun sepatutnya dorang mampu hasilkan method atau kaedah untuk bina jambatan dalam masa seminggu. Nampak tak? Sepatutnya ilmu berkembang di universiti? Kenapa ilmu perlu berkembang? Jawapannya sama dengan soalan: kenapa telefon bimbit perlu ada untuk gantikan telefon awam? Betul!! Untuk menjadikan kehidupan manusia lebih mudah.

Tapi kalau kita tengok zaman sekarang, mengapa setiap manusia kat atas muka bumi Malaysia ni nak masuk universiti? Kebanyakannya, termasuk aku, sebab bila belajar di universiti, lulus tiap2 kali peperiksaan, sijil,diploma,ijazah atau ape2 je skrol akan dikeluarkan dan diberi kepada kita. Bila ada sijil, boleh guna untuk mintak kerja. Senangkan? Itu jelah punca kenapa mahasiswa berada kat universiti. Dalam hal ini, nak salahkan sape? Pada aku takde sape yang bersalah. Kehidupan kita dah teratur semacam tu, dan jadi kemestian, pemikiran macam tu dah jadi hegemoni (penguasaan) yang merantai pemikiran kita. Memang betul pun, susah nak dapat kerja yang bergaji RM 2000+ kalau takde sijil.

Jadi akhirnya, universiti tak ubah jadi kilang untuk mengeluarkan graduan yang terdiri daripada mantan-mantan mahasiswa tanpa sebarang penambahbaikan kepada mahasiswa tu sendiri. Tak ubah macam kilang air gas Kickapoo, dari zaman aku kecik zaman la dah abes belajar, macam tu jugak design air botol tu. Ditambah pulak dengan dasar-dasar yang mengarut yang, sendiri mau ingatlah, malas nak cakap. Lagilah beku jadinya sesebuah universiti tu.

Aku bukanlah nak cakap universiti ni semuanya tak bagus. Asas tu dah ada, tapi prestasi tu kena dipertingkatkan lagi la. Tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan tu kena sentiasa ada dan sentiasa aktif. Salah satu kekurangan yang menyebabkan perkembangan ilmu ni, yela, bajet @ peruntukan. Dana semua datang dari kerajaan, nak harapkan industri pun, banyak mana sangat kat Malaysia ni. Tapi tu tak sepatutnya jadi halangan. Kalau bajet kecik, buatlah penyelidikan pada skala kecik, takyah la nak bombastic sangat. Lepas tu collaborate la dengan universiti-universiti luar. Tu satu, lagi satu pensyarah-pensyarah terlalu multi tasking, dialah nak mengajar, dialah nak tanda kertas exam, dialah nak jadi pengawas peperiksaan, buat research pun dia. Agih-agihlah tugas. Lecturer yang mengajar, ko mengajar jela, kalau nak buat research pun buat research pasal methodology pengajaran, macam mana nak bagi mahasiswa mudah faham. Yang nak jadi researcher, teruskan jadi researcher, pagi petang siang malam, baru boleh fokus. Banyak lagi benda sebenarnya tapi rasa dah malas nak tulis ahh. Oklah, semoga universiti2 Malaysia semakin maju, maju ke depan bukan maju ke belakang. Okeh, adios. (Boss)

No comments: