17 May 2010

Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010

Tahniah kepada Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid di atas penganugerahan tersebut.

Kebetulan aku tertengok Selamat Pagi Malaysia hari ni, ngam2 time dia tengah ditemuramah oleh pengacara.

Ada satu kenyataan beliau yang buatkan aku rasa tertarik untuk jadikan entri blog ni. Maaf aku tak ingat satu-satu ayat yang dia sebut tapi ayat yang aku tulis di bawah aku jamin memang hampir serupa maksud dengan apa yang beliau katakan

"sekolah rendah di Malaysia sesetengahnya (di bandar) mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding dengan universiti-universiti di negara lain"

http://bumiyang.blogspot.com/2009/12/perjalanan-ke-bandar-kapit-sarawak.html

sape2 yang baca entri ni boleh tengok gambar ketujuh dalam link di atas. Macam mana keadaan sekolah rendah di Sarawak.

Mungkin kita patut bersyukur, sebab sekurang-kurangnya ada jugak sekolah walau macam mana pun fizikal sekolah tu. Tapi tahun 2020, sepuluh tahun je lagi. Aku rasa sama ada 9 cabaran untuk menjayakan Wawasan 2020 tu dapat ditangani @ tak, aku pasti Malaysia tetap akan umumkan yang Malaysia dah jadi negara maju 10 tahun nanti. Berkenaaan dengan isu entri ni, sila rujuk cabaran kelapan.

Tahun 2020 nanti, kalau umur aku panjang lagi, waktu tu aku dah berusia 32 tahun. (Boss)

No comments: