30 May 2010

Sniper & marksman

Dalam dunia ketenteraan, dua individu ni: sniper & marksman merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah regimen tentera.

Apa beza sniper dan marksman?

Sniper merupakan penembak tepat yang kebiasaannya bekerja secara berpasangan dengan seorang peninjau, dan mereka berdua ni akan ditugaskan jauh ke dalam kawasan musuh untuk menjalankan tugas pengintipan @ pembunuhan target manusia.



Cuba tengok, sniper dan peninjau. Peninjau akan membantu sniper untuk mencari sasaran dengan tepat.


Marksman pulak, salah satu daripada komponen skuad infantri darat (sebuah skuad infantri terdiri daripada gunner (pengendali mesingan), medic, rifleman, dan marksman) . Tugas marksman ialah untuk menembak sasaran jauh yang tak dapat dijangkau oleh anggota skuad yang lain, dan juga berfungsi untuk back-up anggota skuad yang lain semasa melakukan serangan.




Jadi kesimpulannya, kedua-dua individu ni mempunyai tugas yang hampir sama, iaitu sebagai penembak tepat. Cuma sniper tak bekerja sebagai di dalam satu kumpulan, dan marksman pulak merupakan komponen dalam skuad.

Untuk memastikan dorang dapat menjalankan tugas dengan lancar, jadi senjata yang digunakan jugak dah tentulah rifle berkuasa tinggi. Antara rifle yang digunakan oleh sniper dan marksman ialah:



1. Accuracy International Arctic Warfare Magnum

Berat 6.5 kg (14.3 lb)
Panjang 1,180 mm (46.5 in)
Panjang barrel 660 mm (26.0 in)

Kelajuan muncung 850 m/s (2,790 ft/s)
Jarak efektif 800 m (870 yd)





2. Barret 82

 
 
Berat 30.9 lbs (14.0 kg) (with 29 inch barrel) or 29.7 lbs (13.5 kg) (with 20 inch barrel) (M82A1)
Panjang 57 inches (145 cm) (with 29 inch barrel) or 48 inches (122 cm) (with 20 inch barrel) (M82A1)
Panjang barrel 29 inches (73.7 cm) or 20 inches (50.8 cm)
 
Kelajuan muncung 853 m/s (2,799 ft/s)
Jarak efektif 1,800 m (5,906 ft)
 
 
3. H&K PSG-1 
Berat 7.2 kg (15.87 lb)
Panjang 1,230 mm (48.4 in)
Panjang barrel 650 mm (25.6 in)
Kelajuan muncung 868 m/s (2,848 ft/s)
Jarak efektif 800 m

3 comments:

MOHD ASHRAF said...

blogwalking..i like weaponary too..especially madieval ones...but snipers...you dont want to be near any of them...

karl said...

no need to be located near to them, if they're using M82, the bullet used for that rifle is .50 BMG..ur limbs might detach from ur body if the bullet hit u..it's quite creepy to think back on how people create such projectiles to kill other people.

Asyraf Hamasaki said...

HEHE kesalahan angota sniper yang di atas adalah muncung senapang dan tempat aim dia adalah tidak ditutupi dan dapat dikesan dengan mudah oleh mereka yang ada pengalaman di dalam hutan