12 May 2010

Saiful Bukhari -- Anwar Ibrahim -- Kes liwat.

Walaupun isu ni orang dah tak peduli sangat pun, dan ada beribu lagi bahan-bahan ulasan, kritikan termasuh caci-maki, hina-menghina yang berkait dengan isu ni dalam mass media, takpe, aku tak salah kot kalau aku nak kongsi pendapat aku. Ketepikan dulu semua sangkut-paut dengan politik dan sebagainya, aku nak komen kes ni sebagai kes liwat, bukan sebagai teori konspirasi @ plot jahat dalam politik. Ok, sebagai kes liwat.

Memandangkan bahan-bahan, artikel dan keterangan-keterangan mahkamah dah berlambak kat internet, tak perlu la aku ulas satu-satu kot. Ada beberapa yang berkait dengan kes yang nampak menimbulkan keraguan, yang tu kita tengok sama2. Ok..

1. Kenyataan bersumpah Saiful Bukhari dengan menggunakan Al-Quran

“Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.


“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat.”

Baiklah, Saiful Bukhari dah bersumpah dengan nama Allah yang beliau telah diliwat. Betul, sumpah dah dilafaz, dan bila sumpah dilafaz dengan nama Allah, kita sebagai orang Islam harus bersangka baik yang beliau tak berbohong. Letakkan diri kita sebagai seorang yang teraniaya, tak ada cara lain melainkan dengan sumpah laknat (lian) untuk membebaskan diri kita. Tentu kita semua berharap semua orang percaya pada kita, kan? Sama ada beliau nak berbohong atau tak itu dah jadi urusan beliau dengan Allah. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan melafazkan sumpah balas, memang menimbulkan keraguan dalam kes ni. Kenapa tak bersumpah juga untuk membebaskan diri daripada tuduhan tu? Wallahualam. Kita tak pasti betul atau tidak perbuatan liwat tu berlaku tapi Saiful Bukhari dah meletakkan beban pada diri dia, jika dia berdusta, laknat Allah kepada dia sampai hari kiamat.

2. Liwat secara paksa

Saiful Bukhari mendakwa beliau diliwat secara paksa. Atau secara gross, beliau mendakwa dirogol. Baiklah, satu soalan. Apa yang korang akan buat kalau seseorang nak masukkan alat kelamin dia ke dalam rongga badan korang (vagina, dubur, mulut, telinga, hidung dsb) secara paksa? Aku yakin mesti lebih 90% orang akan jawab dorang akan lawan, for sure. Tapi dalam keterangan Saiful Bukhari semasa kat mahkamah, tak menyebutkan pulak apa2 perkataan seperti "melawan" atau "diugut" atau "meronta-ronta" atau "cuba melepaskan diri" semasa beliau nak diliwat oleh DSAI. Kenapa tak berlaku sebarang konfrontasi, cubaan nak melarikan diri masa perkara tu nak terjadi? Atau mungkin tak cubaan melepaskan diri tu ada tapi tak disebutkan (kalau ini yang jadi, memang bangang betul pihak pendakwaan sebab tak masukkan hal ni dalam keterangan). Jadi fakta kes nampak mengelirukan. Diliwat secara paksa, jadi aku membayangkan tentu lah ada berlaku pergelutan, even kalau perkara ni berlaku pada orang perempuan pun mesti mangsa akan meronta-ronta nak lepaskan diri. Jadi, nampak macam pelik dah kes ni


2. Pelincir
Anwar Ibrahim memakai towel. Saiful juga memakai towel. Anwar Ibrahim memeluk Saiful, mencium mulut lalu meraba tubuh Saiful.

Lalu Anwar mengarahkan Saiful mengambil KY JELLY dalam begnya. Anwar Ibrahim meminta Saiful menyapukan KY JELLY di kemaluannya (Anwar).

Anwar Ibrahim tidak mahu mengadakan seks liwat di atas katil sebaliknya liwat dilakukan di lantai.

Anwar Ibrahim menghamparkan towelnya di atas karpet. Anwar Ibrahim meminta Saiful menyapukan KY JELLY di lubang duburnya (milik Saiful). Anwar Ibrahim menyuruh Saiful menonggeng.

Saiful menonggeng, lututnya hampir kena badan.

Anwar Ibrahim menyuruh Saiful guide (mengarahkan) batang Anwar Ibrahim dihalakan kepada lubang dubur Saiful.

Anwar Ibrahim meliwat Saiful lebih kurang 5 minit. Air mani Anwar dipancutkan ke dalam dubur Saiful.

Saiful mendakwa Anwar melakukan liwat pada ketika itu secara kasar dan beliau merasa sakit dan senak perut. Semasa operasi liwat itu, KY JELLY yang dipegang oleh Saiful terpicit dan tertumpah di lantai.

Selepas selesai, Saiful ke tandas tapi tak mandi. Sekadar cuci ala kadar sahaja. Lendir air mani Anwar masih ada dalam dubur Saiful.

Lepas cuci , Saiful duduk di meja makan. Anwar pada waktu itu makan karipap lalu bertanya 'are u okay' ?

KY Jelly. Bahan pelincir ni selalunya digunakan semasa hubungan seks, untuk mengelakkan geseran berlebihan yang mungkin mencederakan/menyakitkan organ seks semasa persetubuhan. Baiklah, dalam keterangan di mahkamah, KY Jelly tu milik Saiful Bukhari. Milik Saiful Bukhari? Apa yang Saiful Bukhari nak buat dengan benda tu? Baik tu kita tak perlu tau. Sekarang DSAI nak meliwat Saiful Bukhari, lalu suruh Saiful Bukhari sapukan jelly tu kepada kemaluan DSAI.

Semakin memeningkan kepala. Macam yang dah dibincangkan tadi, kenapa tak melawan? Seolah dengan rela pulak nak sapu jelly tu, pastu menonggeng. Dan macam mana DSAI tau dalam beg Saiful Bukhari ada KY Jelly tu? Kalau berdasarkan keterangan ni nampak macam DSAI dan Saiful Bukhari ni pasangan gay yang masing-masing rela nak buat hubungan seks songsang, bukan kes liwat secara paksa.

4. Keterangan pakar perubatan terhadap keadaan dubur Saiful Bukhari


"Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)


KS = Karpal Singh
SB = Saiful Bukari
Hakim
MY : Muhamad Yusof - Pendakwa


KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?

SB: Di Pusrawi.

KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?

SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.

KS: Tujuan apa?

SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.

KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?

SB: Tidak.

KS: Pada 27 Jun pun tidak?

SB: Tidak.

KS: Hanya pada 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?

SB: Dr. Osman.


(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh SB)


KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?

SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.

KS: Itu saja? Lain?

SB: Sakit perut.

KS: Tidak ada aduan lain?

SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.

(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."

SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.

KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?

SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?

SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?

SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?

SB: Ya.

(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?

SB: Sebelum ini tidak pernah.

KS: Siapa hantar kamu pada dia?

SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.

KS: Doktor ini bohong?

SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.

KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?

SB: Tidak.

KS: Lepas itu HKL?

SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.

KS: Dalam pukul 3 petang?

SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.

KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?

SB: Ya.

KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?

SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.

KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?

SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).

KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).

MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.

KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.

HAKIM: Esok boleh datang?

MY: Kesemua doktor?

KS: Semuanya.

KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakan"


KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?

SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.

KS: Buat laporan polis di HKL?

SB: Ya, di HKL.

KS: Buat di pondok polis?

SB: Tidak, di wad.

KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?

SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.

KS: Jude Blasious ada di sana?

SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.

(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)

KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?

SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?

SB: Ya.

KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?

SB: Tidak.

(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)

KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?

MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.

HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.

SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.

KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?

SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.

MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.

HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.

KS: Apa jawapan dia?

HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.

KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?

SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...

KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?

SB: Tiada komen.

(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)

Laporan doktor menyatakan tiada penemuan klinikal yang kukuh yang menunjukkan kemasukan di anus.

Kalau dah diliwat, takkan pulak doktor tak boleh jumpa sebarang kesan-kesan benda tumpul masuk ke dalam dubur Saiful Bukhari? Bila benda tumpul dipaksa masuk ke dalam rongga badan, dimasukkan secara paksaan dengan kuat dan keterlaluan, sekurang-kurangnya akan ada lesion kalau pun tak koyak atau berlaku pendarahan. Owh, terlupa..ada pakai jelly tadi, kan? Tapi tu tak bermaksud langsung tak ada kesan kemasukan, walaupun dengan adanya pelincir. Doktor sepatutnya masih boleh kesan sebarang kemasukan ke dalam dubur Saiful Bukhari, kalau pun tak luka, kesan masuk tu mesti ada.

Konklusinya: Walaupun Saiful Bukhari dah bersumpah laknat, tapi keterangan beliau sendiri tak memihak kepada beliau. Begitu juga dengan laporan doktor. Siapa yang bersalah? Mungkin semua orang dah boleh nampak, tapi sekali lagi, ulasan ni bukan untuk menghukum siapa2. Apa yang ditulis ni sekadar satu perbincangan berasaskan logik untuk mencari kebenaran. Wallahualam. (Boss)

2 comments:

joeamir70 said...

memang pun, satu dunia dah tahu, ini tak betul, takkan satu dunia bodoh2 nak sokong Anwar? OK, let's follow each other, ok? Follow my blog, if you wish!

karl said...

okeh, thanks bro. tapi tu la, ni pun my personal opinion jek :)