12 May 2010

Rosli Khamis dan keintelektualan lirik Melayu

Rosli Khamis. Loloq. Nurbisa.

Masa awal-awal jadi peminat muzik rock, aku ingatkan Nurbisa dan Loloq tu dua individu yang berbeza. Dah lama sikit, baru tau, nama pena lain-lain tapi orang yang sama. Nama sebenar tuan punya nama tu: Rosli Khamis. Kalau korang minat lagu-lagu kumpulan Search, Wings, Spider, ataupun penyanyi macam Ella, Aris Ariwatan confirm korang akan jumpa lagu-lagu yang ditulis oleh mamat ni.

Ramai orang anggap muzik rock ni, muzik kampung. Macam tak ade nilai education dari segi muzik mahupun lirik. Mungkin ye, bagi sesetengah lagu. Tapi bagi aku berbeza dengan lirik-lirik tulisan Allahyarham Rosli Khamis ni, tak keterlaluan  kalau aku cakap lirik-lirik tulisan beliau seakan mengajak pendengar untuk mencari maksud-maksud di sebalik perkataan dalam lirik-lirik lagu yang beliau tulis. Lirik-lirik lagu yang ditulis mendekatkan pendengar-pendengar muzik rock dengan perbendaharaan bahasa Melayu dan bahasa asing yang lebih luas. Sebagai contoh: cuba baca lirik lagu kat bawah ni -

Kau Masih Berdegil - Wings (album Double Trouble)

Kerana sumbu pelita
Kau bersorak beriya-iya
Lantas mendabik bebas
Dari kekusutan labyrinthmu

Tetapi jiwa rapuhmu kemusykilan
Mengapa berwayang pilu
Masih menagih manna
Dari syurga sana...

Cuba tengok, memang nampak bahasa rojak digunakan. Walaupun nampak macam mencemarkan bahasa, tapi sekurang-kurangnya pendengar akan berfikir, eh, ape maksud benda alah ni. Labyrinth tu apa? Manna tu ape? Mengajak mamat rock cam aku mencari ilmu di samping berhibur.

Masa pelancaran album USA, album penyanyi Ella, Allahyarham pernah ditanya tentang maksud Syuga (USA = Unik, Syuga, Asli). Ada wartawan bertanya, syuga tu ada kaitan dengan Madame D Syuga ke? Ceh, ke situ pulak lepasnya, memang dasar wartawan picisan betul. Allahyarham menjelaskan, takde kaitan pun, dia saje guna perkataan Jepun tu untuk membuatkan pendengar/pembeli album berfikir untuk mencari maksud perkataan tu. Syuga bermaksud "the greatest beauty".

Falsafah hidup juga banyak diterapkan dalam lirik-lirik lagu beliau. Mungkin disebabkan latar belakang yang unik, pernah hidup merempat dek najis dadah, belajar tasawuf, pastu dikenali sebagai salah seorang penulis lirik yang prolifik di Malaysia.

Apa-apa pun, serius pemergian Allahyarham memang merupakan kehilangan besar bagi peminat-peminat muzik rock kat Malaysia. Mungkin ramai lagi yang boleh jadi lebih baik daripada Allahyarham, tapi nampaknya setakat ni tak nampak lagi ada sape2 yang at least on par dengan beliau. Al-Fatihah. (Boss)

2 comments:

joeamir70 said...

Only The Good Die Young - Iron Maiden

karl said...

...Measure your coffin does it measure up to your lust?..

hahaha..insaf gua kejap beb!