31 May 2010

Ranking dan kehidupan

Ranking atau pengkelasan merupakan satu cara di mana manusia membeza-bezakan antara satu dengan yang lain, berdasarkan kriteria tertentu untuk menghasilkan beberapa kelompok yang berbeza.

Kita tak boleh lari daripada ranking @ pengkelasan dalam hidup ni. Contoh-contoh ranking dlam hidup kita:

- orang yang berjaya dapat A+ dalam semua subjek SPM dianggap sebagai pelajar cemerlang, yang tak dapat straight A dianggap kurang cemerlang dalam exam SPM

- USM merupakan Apex University, dan USM jugak terkelompok sebagai universiti penyelidikan bersama-sama UM, UKM, UPM. (aku rasa agak bodoh jugak la sistem ranking camni, maksudnya universiti lain tak buat penyelidikan ke? tugas menjalankan research memang merupakan niche (ciri khusus) universiti, tak kira la apa pun nama universiti tu)

- graduan lulusan luar negara (UK, Australia, USA, New Zealand) dianggap kelompok graduan cemerlang di kalangan employer, diikuti dengan graduan UM, USM, UKM, UPM..

- Brabus, Rolls-Royce, Bentley dianggap sebagai kereta mewah di Malaysia, manakala Perodua Myvi, Potong Proton Saga dan Kelisa dianggap kelas kereta untuk kelompok rakyat marhaen.

- Starbucks, Hard Rock Cafe, Suria KLCC merupakan tempat hang out yang ada class berbanding kalau lepak kat kedai mamak, kedai makan seksyen 2 Shah Alam atau kedai makan kat seksyen 6 Shah Alam.

- student yang belajar kursus medic, dentistry merupakan kelompok pelajar premier berbanding student yang belajar bidang-bidang lain.

Kita tak boleh lari daripada ranking dan "dirankingkan" dalam hidup. Kenapa? Sebab hidup memang macam tu.Selepas kehidupan kat dunia fana ni pun masih ada ranking. Tak percaya? Dalam syurga pun ada ranking, ada syurga tingkat atas, syurga tingkat bawah, begitu jugak dengan neraka.

Jadi terimalah kehidupan ni seadanya, kalau kita dikelaskan sebagai kelompok yang tertentu (pemalas, tak boleh diharap, tak macho, tak cool dsb) maka berusahalah untuk keluar daripada ranking @ kelompok tu untuk melayakkan kita masuk ke kelompok yang boleh membuatkan kita rasa lebih selesa. Atau berusaha menjadikan diri sebagai tergolong di dalam "kelas yang tersendiri". Contoh? Bill Gates merupakan drop-out student daripada Harvard University, tapi kemudian beliau menjadi pengasas Microsoft. Tengok, dia takde ijazah pun, tak dapat 1st class honour degree tapi masih lagi berjaya. Tak perlu bersedih dengan sistem kehidupan yang sedia ada, sama ada kita terima je, buat tak tau atau cipta alternatif lain yang boleh menyenangkan perasaan kita. (Boss)

1 comment:

MAMA AIZARA said...

karl ...
jawab tag akak yea..