24 May 2010

Rahsia tarikh lahir. Antara logik dan mengarut.

Pagi tadi aku ade tertengok rancangan morning-talk bersama seorang penceramah motivasi.

Masa rancangan tu berlangsung, ade gak la beberapa orang telefon, bagi tau tarikh lahir dorang, pastu si penceramah motivasi pun konon2 buat calculation, dapatkan satu nombor pastu bagitau sifat-sifat orang yg bagi tau tarikh lahir dorang.

Ada beberapa benda yang membuatkan aku pelik:

1. Apa kaitan tarikh lahir dengan tabiat & sifat seseorang? Setau aku sifat & perangai seseorang banyak bergantung kpd genetik, pengalaman, didikan, pengetahuan.

2. Kenapa perlu bertanya tentang diri sifat diri sendiri, takkan la diri sendiri tak tau perangai & sifat sendiri macam mana? Tapi yang ni tak la terlalu pelik sebab kadang2 manusia memang boleh keliru dengan diri sendiri.

3. Selalunya pada satu-satu tarikh, akan ada beratus orang kalau tak pun beberapa orang akan lahir pad tarikh yang sama. Maksudnya semua orang yang lahir pada tarikh yang sama akan mempunyai perangai yang sama la, macam tu? Sebab dah boleh tentukan sifat melalui tarikh lahir

Jadi kesimpulannya aku rasa benda-benda camni teramatlah mengarut. Kepada penceramah motivasi tersebut, carilah cara lain nak auta orang. (Boss)

6 comments:

ayaa alyy said...

haha. selalu jgk i pkir cmnieee

karl said...

:) tah la, kot motivator tu pakai ilmu ghaib ke ape xtau la plak but for me, predicting individual traits n bhaviour by analyzing their birth date is totally ridiculous la..

Sang Karipap said...

Abah aku kata,

"ini semua ahli nujum jugak ni. Tapi zaman moden punya laa.."

Ada benarnya. :D

syafiqah safri said...

emm...sometimes, kebetulan kowt~~

karl said...

Sang Karipap: haha..tu la, filem Nujum Pak Belalang dah berapa puluh tahun tayang kat tv, tapi orang percaya gak kat benda2 camni


Syafiqah Safri: yup, so bila kebetulan, of course it's not valid n applicable to everybody kan?

rossoneri said...

hehehe sebenarnya benda tu semua berdasarkan pemerhatian dia je...jadi dia buat kesimpulan semua sifat2 tu berdasarkan majoriti orang yang dia perhatikan..benda tu mmg xtepat, siapa yang percaya 100% tu, naif sungguhlah kan..