15 May 2010

Nagasari

Masa minggu terakhir aku kat Puncak Alam, aku terjumpa sejenis kuih yang bernama Nagasaki Nagasari.

Sebenarnya, itulah first time aku jumpa kuih yang bernama Nagasari tu. Disebabkan curious nak tau macam mana kuih tu, aku beli la jugak.

Nak kata sedap sangat tak la sedap sangat pun. Tapi boleh la kalau setakat nak makan. Macam mana kuih tu? Ok, kat bawah ni ada gambar + resepi sekali. Selamat mencuba :D



Bahan I :
  • 150 gram tepung beras
  • 600 ml santan dari 1/2 butir kelapa
  • 125 gram gula pasir
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1 lebar daun pandan
Bahan II :
  • 125 gram tepung kanji
  • 150 ml santan dari 1/4 butir kelapa
Pelengkap :
  • 3 biji pisang tanduk dikukus selama 15 minit lalu dipotong.
  • Daun pisang
Cara membuat :
  • Campurkan semua bahan I, diadun dan dimasak sehingga pekat. Angkat, sejukkan.
  • Dalam mangkuk lain, campur dan gaulkan bahan II.
  • Tuangkan bahan II ke dalam bahan I dan adun sampai sebati.
  • Siapkan potongan daun pisang, sendukkan adunan diatasnya dan letakkan hirisan pisang ditengahnya.
  • Bungkus daun pisang dan kukus selama 15 minit.
Untuk 16 butir.

Kredit: Dapur Adani

No comments: