13 May 2010

Malaysia vs China = Man United vs Barca??

Tahniah kepada pasukan badminton negara kerana berjaya mengalahkan Denmark malam tadi. Tak sia-sia family aku sekeluarga tak tukar channel tv9 sampai pukul 11 malam.

Pertarungan seterusnya: Malaysia vs China.

China merupakan juara bertahan Piala Thomas semenjak tahun 2004.

Kalaulah perlawanan badminton untuk semi final nanti diumpamakan dengan football match, aku rasa tak keterlaluan kalau aku samakan perlawanan tu nanti tak ubah seperti Man United vs Barca.

Dalam arena badminton, Malaysia antara negara yang kompeten. Tapi kompeten sahaja belum cukup. Sebab dah 16 tahun Piala Thomas gagal berada dalam genggaman Malaysia.

Bola bulat, apa-apa boleh jadi. Sama gak macam shuttlecock yang berbulu lebat, macam-macam kemungkinan boleh jadi. Ape2 pun aku doakan yang terbaik untuk skuad badminton negara. (Boss)

2 comments:

Lin Creshk said...

yearghh!!! sama2 kita doakan yangterbaik untuk skuad badminton negara.. - Rockers

karl said...

haha..tq brader!!