20 May 2010

Lesen judi bola sepak dan demonstrasi

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima demonstrasi di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Perhimpunan yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, demonstrasi di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu - Malaysiakini (Mei 20, 10 2:05pm)

Pertama sekali, sebagai seorang Muslim, aku bersetuju judi seharusnya diharamkan sebab syariah Islam dah menetapkan judi tu haram untuk umat Islam, dan dalam masa yang sama tabiat judi banyak merosakkan institusi masyarakat, keluarga bukan sahaja membabitkan golongan Islam malah bukan Islam.

Berapa ramai orang muflis dan menanggung beban kewangan disebabkan judi? Buatlah kajian aku pasti memang ramai orang yang menanggung akibat daripada tabiat berjudi.

Ada pendapat hasil judi pun boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan negara. Ya, boleh. Tapi dengan syarat digunakan untuk membiayai pembangunan kelompok bukan-Islam dan tak dicampuradukkan dengan sumber cukai negara yang lain, kalau macam tu aku setuju. Tapi masalahnya adakah pihak berwajib sedia nak berbuat macam tu?

Ok..pasal demonstrasi tu. Betul lesen perjudian sukan membuka ruang kepada lebih banyak aktiviti maksiat tu berlaku, cuma aku rasa kan lebih elok kalau bukan setakat lesen perjudian sukan je yang ditentang, lesen-lesen perjudian di kasino pulak, macam mana? Harapnya janganlah menentang separuh, tapi berdiam terhadap yang selebihnya. Aku takde masalah kalau mana-mana pihak tak bersetuju dengan lesen judi sukan, aku sependapat dengan dorang tapi jangan setakat menentang judi sukan je, sebab itu cuma sebahagian. Judi-judi lain yang berlesen (Magnum, 4D, kasino) pun membawa mudarat jugak. Wallahualam. (Boss)

4 comments:

Anonymous said...

sape suh korang judi?

najibafandi said...

salam, naim, ada blog ko rupanya..hehe..selamat memfollow..

by the way, pasal judi tu, setuju judi tu haram, in any way takleh dihalalkan, aku pun risau dengan revenue dari lesen judi tu, nanti pergi mana, kalau kena kat kita tu, hu... nauzubillah..

harap takde lagi la tindakan 'bijak' daripada kerjaan lagi lepas ni (walaupun banyak je decision sebelum ni yang aku rasa memang tak berapa nak betul), tapi mari kita doakan semoga takde lagi la decision mengarut macam tu lagi, semoga mereka mendapat hidayah (kita juga).

karl said...

anon: memang takde sape suruh. Entri ni aku buat sebab salah satu tanggungjawab aku sebagai orang Islam, amar makruf nahi munkar.

Najib: :)..tq sebab sudi singgah n follow :)

joeamir70 said...

bila sentuh bab arqam sibuk depa keluarkan fatwa HARAM; tapi datang bab judi bola, tak keluaq pun fatwa haram? bukan depa tak tau yg judi tu HARAM tapi yg betuinya, depa ni memang NAKHARAM jadah!