19 May 2010

Gejala anak luar nikah: Cadangan penyelesaian

Aku dah bosan dengan berita-berita bayi dibuang, ditanam, ditinggal dekat masjid dan seumpamanya.

Tergamak betul makhluk2 malaun kat Malaysia ni buat macam tu. Zaman Jahiliah dulu orang bunuh anak perempuan je, zaman sekarang laki pompuan asal mak bapak tak bernikah habis kena humban merata-rata.

Jadi sebar-sebarkanlah cadangan kat blog aku ni kepada malaun2 yang bercadang nak buang anak. Dengan semangat 1Malaysia yang berbilang agama, budaya dan bangsa aku akan tulis nasihat yang boleh digunakan oleh mana-mana agama @ bangsa, dun worry, k?

Kepada pasangan beragama Islam yang berpotensi akan berzina dan seterusnya buang bayi:

Ada beberapa cara nak elakkan korang daripada melakukan perbuatan terkutuk tersebut antaranya:

1. Elakkan berzina

Antara cara-cara nak mengelakkan berzina ialah jangan sesekali menjalinkan hubungan couple. Biasa la, tengok orang lain ade pakwe,makwe, korang pun nak jugak. Pernah dengar lagu Cik Minah Raba-Raba? Kalau tak pernah korang boleh cari kat google, ataupun nanti ada masa aku upload kat mediafire. Mula-mula usik-usik, pastu main cinta, pastu raba-raba, lepas tu naik kuda. Oleh yang demikian, elakkan diri daripada benda yang membawa kepada maksiat.

2. Bernikah

Kalau tak boleh nak tahan nafsu, maka jalan senang bagitau mak ayah korang yang korang nak nikah. Aku pasti mak ayah korang akan usahakan jugak supaya korang nikah daripada biarkan korang lahirkan anak luar nikah.

3. Berpuasa

Kalau nikah tak mampu, silalah berpuasa.


Kepada pasangan bukan beragama Islam yang berpotensi akan berzina dan seterusnya buang bayi:

Berbanding dengan pasangan beragama Islam, dari segi moral mungkin takde halangan sangat bagi korang untuk ada anak sebelum bernikah, apatah lagi bagi yang kehidupan lebih kurang cam Westerners. Baiklah, kalau korang taknak ada anak sebelum berkahwin sila lakukan perkara-perkara berikut:

1. Pastikan memakai kondom semasa melakukan seks

Kondom merupakan alat pencegah kehamilan yang paling primitif. Boleh didapati di kebanyakan farmasi @ kedai runcit 7 Eleven. Malah zaman sekarang dah terdapat dalam pelbagai perisa macam strawberi, pisang, epal (aku pun tak faham kenapa dorang letak flavour tu, padahal bukannya nak makan pun).

2. Gunakan hormon contraceptive

Contohnya Regivedon, Postinor, dan Yasmin. Walaubagaimanapun penggunaan untuk jangka masa panjang berpotensi mengakibatkan komplikasi seperti deep vein thrombosis dan kanser payudara.

3. Gunakan spermicide

4. Gunakan kaedah-kaedah seperti IUD, atau yang lebih agresif seperti vasectomy atau oophorectomy.

5. Atau kalau semua cara tak mampu, gunakan je kaedah azal atau istilah perubatannya, coitus interruptus

Kesimpulannya, banyak cara nak elakkan mengandung, melahirkan anak luar nikah lalu membuang bayi merata-rata. Selamat mencuba. (Boss)

2 comments:

edda(",) said...

dorang nieh tak de kesedaran.. pastu buang ank.. aiseh! tension tgk baby kena buang.. tak hbis2 buat dosa

karl said...

tu la pasal..masa buat xnak fikir..pas dah beranak buang pulak..