18 May 2010

Filem Malaysia. Dulu, sekarang, masa depan

Dulu, zaman P Ramlee kita dihidangkan dengan filem-filem melankolik dan lawak-lawak bodoh.

Setuju tak, lawak-lawak dalam filem P Ramlee merupakan lawak yang bodoh?

Mungkin ada antara korang rasa lawak filem P Ramlee lawak bodoh, jadi baik aku tulis sikit. Filem-filem P Ramlee terutamanya filem-filem lawak beliau (e.g Do Re Mi, Labu Labi, Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang) sebenarnya wadahuntuk beliau mengkritik kesakitan sosial pada zaman beliau.

Percaya kepada bomoh dan khurafat, dengki-mendengki sesama sendiri, perbezaan darjat, kebodohan tindakan kurang bijak pemerintah2. Kita dapat nampak semua isu tu dalam filem-filem garapan beliau.

Malangnya, setelah 40-50 tahun filem2 beliau ditayangkan, penonton2 pun sesetengahnya sampai 3 generasi dah..tapi malangnya apa yang beliau kritik melalui filem beliau masih lagi berlaku. Alangkah bebalnya sebahagian daripada kita.

Zaman filem P Ramlee merupakan zaman keemasan filem Melayu.

Kemudian beralih kepada zaman pengarah2 yang lebih progresif. Antaranya Nasir Jani, Othman Hafsham. Dato' Rahim Razali, U-Wei Hj Shaari, Aziz M Osman.

Waktu itu filem Malaysia masih kompeten. Tsu-feh Sofiah, Anak Sarawak, Balada Seniman Jalanan, Rahsia, Kanta Serigala, Fenomena, Isteri, Perempuan dan.....

Zaman filem Malaysia dipenuhi dengan idea-idea baru dan segar.

Dan sekarang..zaman pengarah2 seperti Prof Razak Mohaideen, Sharad Sharan, Kabir Bhatia dan produser seperti Dr Rozmey.

Ada yang bagus, ada yang kurang bagus. Trailer Lagenda Budak Setan nampak meyakinkan, cuma harap janganlah berakhir seperti filem Cinta - penuh dengan vid klip.

Kesimpulannya, harapan masih ada. Cuma sebanyak mana harapan boleh diletakkan? Terpulang kepada kita. (Boss)

No comments: